SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Pengguna tidak berpuas hati dengan Facebook Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Pengguna tidak berpuas hati dengan Facebook Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Pengguna tidak berpuas hati dengan Facebook

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15443
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Pengguna tidak berpuas hati dengan Facebook Empty
PostSubject: Pengguna tidak berpuas hati dengan Facebook   Pengguna tidak berpuas hati dengan Facebook Icon_minitime23/9/2011, 5:55 pm

SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) - Para pengguna Facebook kelmarin memberi reaksi tidak puas hati tentang beberapa pembaharuan yang dilaksanakan di laman rangkaian sosial tersebut.

Di Facebook, orang ramai meluahkan ketidakpuasan hati mereka dengan mewujudkan laman bertajuk 'Petisyen untuk menentang tapak web baru Facebook' manakala laman serupa, #NewFacebook turut diwujudkan di Twitter.

Sebahagian mereka mengadu bahawa perubahan terbaharu Facebook dibuat untuk meniru pesaingnya, Google+ dan perkhidmatan mesej perkongsian berita di Twitter.

"Ramai yang berasa tidak berpuas hati tetapi tiada seorang pun yang akan berpindah (menggunakan laman jaringan sosial lain)," katanya.

Para pengguna Facebook sebelum ini banyak membuat aduan tentang perubahan dalam laman sosial berkenaan tetapi mereka kemudian berusaha untuk menyesuaikan diri dan masih menjadi pengguna setia laman web itu.

Komen negatif itu disuarakan sehari selepas Facebook mula melaksanakan beberapa siri penambahbaikan dalam apa yang dinamakan oleh pengasasnya Mark Zuckerberg sebagai 'musim pelancaran' untuk ciri-ciri terbaru.

Ciri News Feed di Facebook yang memaparkan kemas kini daripada rakan-rakan kini memberi fokus kepada penghantaran penting dengan paparan imej yang lebih besar berbanding sebelumnya manakala kolum sembang Ticker pula ditambah untuk perbualan dalam masa sebenar.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, Facebook banyak memberi tumpuan untuk mencipta kaedah-kaedah baharu supaya para pengguna dapat mengawal aspek penerimaan dan perkongsian maklumat dengan lebih baik.

Facebook pada minggu lalu membenarkan pengguna mengikuti perkembangan orang asing yang bukan rakan mereka melalui penambahan butang Subscribe seperti yang terdapat di Twitter.

Selain itu, Facebook juga membenarkan penggunanya membuat pilihan tentang jenis kemas kini daripada rakan-rakan yang dibenarkan dipaparkan di laman Facebook mereka.

Panel sembang Ticker di kolum kanan skrin Facebook pula membolehkan orang ramai bersembang melalui mesej teks jika terdapat paparan imej baharu atau penghantaran lain.

Facebook dijangkakan membuat lebih banyak pengumuman mengenai pembaharuan laman web itu pada persidangan tahunan pembina rangkaian laman sosial di sini hujung minggu ini.

Antara spekulasi yang tersebar termasuk pelancaran platform untuk perkhidmatan muzik dalam talian seperti Rdio dan Spotify selain paparan berita daripada agensi-agensi profesional.

Persidangan itu diadakan beberapa hari selepas enjin carian Internet Google melancarkan Google+ sebagai saingan terbaru Facebook. - AFP

sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0923&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
im
MODERATOR
im

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 44
location : |||||TAWAU|||||
Tag ID: : SFC 07691
Points : 16976
Reputation : 75
Number of posts : 5575

Pengguna tidak berpuas hati dengan Facebook Empty
PostSubject: Re: Pengguna tidak berpuas hati dengan Facebook   Pengguna tidak berpuas hati dengan Facebook Icon_minitime23/9/2011, 6:43 pm

ok la tu ada pembaharuan, sbb maw tdk maw, tetap jgk org akan mgunnakan laman muka buku ni...
Back to top Go down
eJump_Rockstar
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
eJump_Rockstar

Male
Countries/State : Oregon
Age : 112
location : Tar Wow
Tag ID: : SFC 05113
Points : 13057
Reputation : 17
Number of posts : 1570

Pengguna tidak berpuas hati dengan Facebook Empty
PostSubject: Re: Pengguna tidak berpuas hati dengan Facebook   Pengguna tidak berpuas hati dengan Facebook Icon_minitime23/9/2011, 6:51 pm

2la psl...stiap bnda msti ada pembaharuan ma, bru blh pergi jauh...x tau la jauh smpai ke mana...ikut khndak masing2..hehe
Back to top Go down
http://www.respect-auto-club.blogspot.com
im
MODERATOR
im

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 44
location : |||||TAWAU|||||
Tag ID: : SFC 07691
Points : 16976
Reputation : 75
Number of posts : 5575

Pengguna tidak berpuas hati dengan Facebook Empty
PostSubject: Re: Pengguna tidak berpuas hati dengan Facebook   Pengguna tidak berpuas hati dengan Facebook Icon_minitime23/9/2011, 7:06 pm

lg bgs klu laman muka buku tu boleh send free sms kpd rakan muka buku...baru la mengamuk semua sykt telekomuniasi..wakakaka...
Back to top Go down
Sponsored content




Pengguna tidak berpuas hati dengan Facebook Empty
PostSubject: Re: Pengguna tidak berpuas hati dengan Facebook   Pengguna tidak berpuas hati dengan Facebook Icon_minitime

Back to top Go down
 

Pengguna tidak berpuas hati dengan Facebook

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: