SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
    Pemandu Ambulans Ditumbuk Didakwa Lambat Tiba Di Rumah Pesakit Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
    Pemandu Ambulans Ditumbuk Didakwa Lambat Tiba Di Rumah Pesakit Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

  Pemandu Ambulans Ditumbuk Didakwa Lambat Tiba Di Rumah Pesakit

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15445
Reputation : 31
Number of posts : 1806

    Pemandu Ambulans Ditumbuk Didakwa Lambat Tiba Di Rumah Pesakit Empty
PostSubject: Pemandu Ambulans Ditumbuk Didakwa Lambat Tiba Di Rumah Pesakit       Pemandu Ambulans Ditumbuk Didakwa Lambat Tiba Di Rumah Pesakit Icon_minitime7/10/2011, 11:40 am

    Pemandu Ambulans Ditumbuk Didakwa Lambat Tiba Di Rumah Pesakit Ne_06.1


MOHADI menunjukkan laporan polis yang dibuatnya selepas ditumbuk seorang lelaki di Besut, Terengganu semalam.



BESUT - Seorang lelaki yang gagal mengawal perasaan marahnya bertindak menumbuk mata seorang pemandu ambulans selepas berang dengan tindakan mangsa yang didakwanya lambat tiba untuk membawa doktor dan dua jururawat bagi membantu isterinya bersalin semalam.

Kejadian pukul 2.45 pagi itu menimpa Mohadi Mohd. Jaafar, 39, sebaik dia tiba di rumah pasangan itu di Kampung Alur Luntah dekat sini. Difahamkan, ketika mereka tiba, isteri lelaki itu telah selamat melahirkan sepasang anak kembar.

Menurut Mohadi, kemungkinan atas sebab itu lelaki tersebut yang marah kerana isterinya bersalin tanpa bantuan doktor dan jururawat terus menumbuk mata kirinya.

"Selepas mendapat panggilan daripada Penolong Pegawai Perubatan di unit kecemasan Hospital Besut pada pukul 2.30 pagi, saya mengambil seorang doktor dan dua jururawat lalu terus memandu ke lokasi yang diarahkan.

"Sebaik saya tiba di rumah pasangan itu 15 minit kemudian, doktor dan dua jururawat terus masuk ke rumah. Seorang lelaki kemudian memarahi saya dan terus menumbuk mata kiri saya kerana katanya sebagai 'hadiah' kerana tiba lewat untuk membantu isterinya bersalin," ceritanya ketika ditemui di sini semalam.

Tambahnya, dalam menahan sakit, dia masih sanggup membawa pasangan bayi itu dan ibunya ke hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Saya lakukan tugas itu sebagai tanggungjawab hakiki saya membawa orang yang sakit atau memerlukan bantuan ke hospital," katanya lagi.

Ujar Mohadi, dia kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Besut sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.

Dia membuat laporan di Balai Polis Jerteh kira-kira pukul 3.25 pagi semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Supritendan Kamarudin Mohd. Zakaria mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut dan siasatan masih dilakukan sebelum polis mengambil mengambil tindakan lanjut.


sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten...a&pg=ne_06.htm
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Pemandu Ambulans Ditumbuk Didakwa Lambat Tiba Di Rumah Pesakit

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: