SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Lenyapkah Sudah Rasa Keperimanusiaan Manusia? Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Lenyapkah Sudah Rasa Keperimanusiaan Manusia? Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Lenyapkah Sudah Rasa Keperimanusiaan Manusia?

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
kent1189
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
kent1189

Male
Countries/State : Sarawak
Age : 40
location : miri sarawak
Website : http://www.lowisslow.com
Tag ID: : SFC 18976
Points : 11115
Reputation : 19
Number of posts : 1183

Lenyapkah Sudah Rasa Keperimanusiaan Manusia? Empty
PostSubject: Lenyapkah Sudah Rasa Keperimanusiaan Manusia?   Lenyapkah Sudah Rasa Keperimanusiaan Manusia? Icon_minitime23/10/2011, 7:31 am

SEPANJANG minggu ini, dunia digemparkan dengan rakaman video pemandu van dan lori yang dengan sengaja melanggar seorang kanak-kanak berusia dua tahun, dikenali sebagai Yue Yue di Foshan, Guangdong, China, pada 13 Oktober lalu.

Lebih menyedihkan, suntingan rakaman video selama tujuh minit itu turut menunjukkan 18 orang yang lalu-lalang di lokasi kejadian, tidak mempedulikan dan membiarkan mangsa terkulai parah di bahu jalan terbabit.
Hanya selepas individu ke-19, iaitu seorang wanita berusia 57 tahun, Chen Xianmei yang juga pengutip sampah, datang menyelamatkan Yue Yue dan kemudiannya berusaha mencari ibu bapa mangsa berkenaan.

Agensi berita kerajaan China, Xinhua yang memetik kenyataan seorang jurucakap perubatan sebagai berkata, Yue Yue kini dalam keadaan yang amat kritikal dan mangsa masih koma serta otaknya gagal berfungsi.

Katanya, kestabilan dan keadaan mangsa juga merosot, walaupun menunjukkan tanda-tanda akan pulih dalam beberapa minggu ini.

“Kami diarahkan supaya tidak mendedahkan maklumat (kesihatan) terperinci mengenainya,” kata sumber berkenaan lagi.
Begitupun, Yue Yue gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia kelmarin, sebagaimana yang dilaporkan akhbar, Foshan Daily.

Laporan sebuah laman sesawang, Shanghaiist menyatakan dua pemandu yang bertanggungjawab dalam insiden berkenaan sudah pun ditahan dan hanya menunggu masa untuk dibawa ke muka pengadilan.

Laporan itu turut mendedahkan salah seorang pemandu itu ada menghubungi bapa mangsa sebelum ditahan dan menawarkan sejumlah wang bagi menebus kesilapannya.

Suspek itu berkata, ketika kejadian, dia tidak menyedari kelibat mangsa di atas jalan raya kerana ketika itu dia sedang berbual menggunakan telefon bimbit.

“Apabila saya tersedar melanggar mangsa, saya terfikir untuk turun (dari van) dan melihat keadaannya. Namun saya dapati mangsa sudah parah, saya tekad dan ambil keputusan melarikan diri kerana menyedari tiada siapa yang melihat insiden itu,” katanya.

Bapa mangsa, dikenali sebagai Wang dalam satu temuramah televisyen, berkata dia tidak menyangka apa yang berlaku dan berharap anaknya itu kembali pulih.

“Yue Yue anak yang periang. Saya harap dia akan bangun dan kembali memanggil saya ayah,” katanya.

Ibu mangsa pula, Que Feifei kini difahamkan masih dalam trauma.

Sementara itu, berdasarkan laporan China Daily, satu-satunya akhbar nasional berbahasa Inggeris di China, sekurang-kurangnya 10 pertubuhan merangkumi parti dan jabatan kerajaan, badan kebajikan serta persatuan di Guangdong sudah memulakan debat untuk menghukum 18 individu yang membiarkan dan tidak membantu mangsa.

Dalam kenyataan akhbar itu, Zhu Yongping yang juga seorang peguam di Firma Datong Law berkata insiden berkenaan cukup memalukan negara mereka dan tiba masanya untuk mewujudkan undang-undang bagi menghukum individu yang enggan memberi bantuan kepada pihak sewajarnya.

“Ada banyak undang-undang sedia ada, termasuk menghalang orang yang mabuk memandu kereta. Ini adalah masa yang tepat supaya perundangan diwujudkan bagi ‘menghukum’ individu yang enggan membantu orang lain yang dalam kesusahan,” katanya.

INFO

MANGSA: Yue Yue
UMUR: Dua tahun
KES: Maut selepas cedera parah dalam langgar lari
TARIKH KEJADIAN: 13 Oktober 2011
LOKASI KEJADIAN: Foshan, Guangdong, China
SUSPEK: Dua individu yang tidak dinamakan

FAKTA JENAYAH: Satu rakaman video mendedahkan sebuah van dan lori dengan sengaja melanggar Yue Yue sehingga mengalami kecederaan parah. Lebih mengejutkan, 18 orang yang lalu-lalang di lokasi kejadian tidak mempedulikan dan membiarkan mangsa terkulai di bahu jalan

FAKTA KES: Kedua-dua pemandu yang melanggar mangsa sudah ditahan dan menunggu masa untuk dibicarakan. Baru-baru ini, sekurang-kurangnya 10 pertubuhan di China membabitkan parti dan jabatan kerajaan, pertubuhan serta persatuan di Guangdong memulakan debat untuk menghukum 18 individu yang tidak membantu mangsa. Mereka juga mahukan kerajaan China mengambil inisiatif mewujudkan undang-undang untuk menghukum individu yang enggan membantu orang lain dalam kesusahan

sumber: myMetro
Back to top Go down
Kornurts
SIFU
SIFU
Kornurts

Male
Countries/State : Sabah
Age : 34
location : KK**TAWAU**
Website : Www.Sioloon.com[Low Profile Crew]
Tag ID: : SFC 15951
Points : 18887
Reputation : 128
Number of posts : 8256

Lenyapkah Sudah Rasa Keperimanusiaan Manusia? Empty
PostSubject: Re: Lenyapkah Sudah Rasa Keperimanusiaan Manusia?   Lenyapkah Sudah Rasa Keperimanusiaan Manusia? Icon_minitime23/10/2011, 8:11 am

talampaw jg dorg ni...perangai mngalahkn haiwan...kasi hukuman yg setimpal biar dorg rasa sna..
Back to top Go down
fuumin
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
fuumin

Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : Lahad Datu, Sabah
Tag ID: : SFC3259
Points : 13017
Reputation : 7
Number of posts : 1048

Lenyapkah Sudah Rasa Keperimanusiaan Manusia? Empty
PostSubject: Re: Lenyapkah Sudah Rasa Keperimanusiaan Manusia?   Lenyapkah Sudah Rasa Keperimanusiaan Manusia? Icon_minitime23/10/2011, 9:16 am

klu aku ada anak yg masi keci xkan ku biar jln sorang2..mungkin adalah patut jg utk menghukum ibu bapa mangsa sbb cuai..ni bg pendapat aku la yg x ikut sgt perkembangkan kes ni
Back to top Go down
Sars9961
REGULAR
REGULAR
Sars9961

Male
Countries/State : Sabah
Age : 33
location : Kota Kinabalu
Tag ID: : SFC 18390
Points : 10369
Reputation : 7
Number of posts : 423

Lenyapkah Sudah Rasa Keperimanusiaan Manusia? Empty
PostSubject: Re: Lenyapkah Sudah Rasa Keperimanusiaan Manusia?   Lenyapkah Sudah Rasa Keperimanusiaan Manusia? Icon_minitime23/10/2011, 10:03 am

aku setuju dgan bro fuumin.. kalau la aku pun ada anak 3 tahun, nda kn la aku mau biar dia jalan sendiri2.. di kawasan pasar lg tu, tmpat sibuk.. kalau budak tu nda kena langgar pun, mungkin dia kena culik.. macam dorg ni tiada perasaan mau berhati2 langsung ba.. sda kena baru mau trauma..
Back to top Go down
nick19
JUNIOR
JUNIOR
nick19

Male
Countries/State : Sabah
Age : 34
location : Menggatal,kK
Tag ID: : SFC18796
Points : 9932
Reputation : 1
Number of posts : 107

Lenyapkah Sudah Rasa Keperimanusiaan Manusia? Empty
PostSubject: Re: Lenyapkah Sudah Rasa Keperimanusiaan Manusia?   Lenyapkah Sudah Rasa Keperimanusiaan Manusia? Icon_minitime23/10/2011, 10:21 am

patut anak2 yg bwh umur kita pimpin tangan mereka..jgn sskali lps kn..lau biar kn jdi la macam ne kes..huhuhuhu
Back to top Go down
fuumin
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
fuumin

Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : Lahad Datu, Sabah
Tag ID: : SFC3259
Points : 13017
Reputation : 7
Number of posts : 1048

Lenyapkah Sudah Rasa Keperimanusiaan Manusia? Empty
PostSubject: Re: Lenyapkah Sudah Rasa Keperimanusiaan Manusia?   Lenyapkah Sudah Rasa Keperimanusiaan Manusia? Icon_minitime23/10/2011, 10:30 am

ya la ,klu x kena langgar blh jd kena culik..nnt jd pla kes anak hilang ..lg merana..tp mmg x patut jg la yg 18 org tu buat x tau sja..n yg plg teruk tu 2 org yg langgar trs melarikan diri..klu kat m'saya xkan ada macam ni la rasanya..tp klu langgar lari ni mgkn ada jg la ,n ada yg lari trs g balai polis sbb takut org ramai mengamuk..x pasal2 yg melanggar yg K.O haha
Back to top Go down
Sars9961
REGULAR
REGULAR
Sars9961

Male
Countries/State : Sabah
Age : 33
location : Kota Kinabalu
Tag ID: : SFC 18390
Points : 10369
Reputation : 7
Number of posts : 423

Lenyapkah Sudah Rasa Keperimanusiaan Manusia? Empty
PostSubject: Re: Lenyapkah Sudah Rasa Keperimanusiaan Manusia?   Lenyapkah Sudah Rasa Keperimanusiaan Manusia? Icon_minitime23/10/2011, 10:35 am

ya kalau d malaysia rasanya tiada la kes bgini ni.. ada ja kes langgar lari konfirm kalau kena nampak, kena keroyok on the spot.. lg pun mmg budaya org kita ni mau ambil point free.. hehe..
Back to top Go down
nick19
JUNIOR
JUNIOR
nick19

Male
Countries/State : Sabah
Age : 34
location : Menggatal,kK
Tag ID: : SFC18796
Points : 9932
Reputation : 1
Number of posts : 107

Lenyapkah Sudah Rasa Keperimanusiaan Manusia? Empty
PostSubject: Re: Lenyapkah Sudah Rasa Keperimanusiaan Manusia?   Lenyapkah Sudah Rasa Keperimanusiaan Manusia? Icon_minitime23/10/2011, 10:55 am

hahaha..lau nmpk pn bw la pg hospital kn,ne kc biar ja..ksian bh 2 merana ksakitan..
Back to top Go down
Sponsored content




Lenyapkah Sudah Rasa Keperimanusiaan Manusia? Empty
PostSubject: Re: Lenyapkah Sudah Rasa Keperimanusiaan Manusia?   Lenyapkah Sudah Rasa Keperimanusiaan Manusia? Icon_minitime

Back to top Go down
 

Lenyapkah Sudah Rasa Keperimanusiaan Manusia?

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: