TEMERLOH: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bercadang menghentikan pemberian pinjaman perbelanjaan kepada pelajar institusi pengajian tinggi bagi mengurangkan tanggungannya yang semakin meningkat, kata pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said.
Katanya, Lembaga Pengarah PTPTN pada mesyuaratnya 31 Oktober lalu membuat keputusan itu bagi mengurangkan bebanan akibat peminjam yang terlalu ramai.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada warga emas dan golongan miskin di kawasan Parlimen Kuala Krau di Simpang Peragap dekat sini, hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krau, berkata pinjaman pembiayaan yuran pengajian bagaimana pun tetap akan diberikan seperti biasa.
Ismail berkata, sehingga kini seramai 1.87 juta pelajar membuat pinjaman dengan PTPTN membabitkan peruntukan RM41.6 bilion. - BERNAMA
sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PTPTNcadanghentikanpinjamanperbelanjaan2013/Article