LONDON: Jika anda lelaki, berhenti berharap untuk menggoda wanita kontemporari, dengan senyuman.
Kajian terbaru menunjukkan, wanita kini tidak lagi menganggap lelaki yang gemar tersenyum sebagai pasangan yang menarik.
Menurut penyelidikan pakar psikologi Universiti British Columbia di Kanada, wanita lebih berminat kepada lelaki yang menunjukkan ciri ego dan pemalu.
Kajian itu dibuat bagi mengetahui sama ada nasihat supaya sentiasa senyum ketika bertemu seseorang dibuat hasil keputusan ujian makmal.
Penyelidik menggunakan lebih 1,000 gambar lelaki dan wanita dengan pelbagai ekspresi muka dan ditunjukkan kepada responden.
Mereka kemudian diminta memberi markah berdasarkan kepada daya tarikan ditunjukkan setiap wajah berkenaan.
Seorang daripada penyelidik berkata, sikap ego yang dipaparkan lelaki mungkin menyebabkan dia kelihatan lebih meyakinkan dan mampu menjadi pelindung wanita. - DM
sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Lelakibanyaksenyumkurangmenawanwanita/Article/artikelMA