SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Tidak tahan diganggu hantu Kak Limah Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Tidak tahan diganggu hantu Kak Limah Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Tidak tahan diganggu hantu Kak Limah

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15445
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Tidak tahan diganggu hantu Kak Limah Empty
PostSubject: Tidak tahan diganggu hantu Kak Limah   Tidak tahan diganggu hantu Kak Limah Icon_minitime25/12/2011, 9:42 pm

Tidak tahan diganggu hantu Kak Limah Image

MARANG – Berambut panjang dan kadangkala menutup kepala dengan kain batik, rupanya persis watak hantu Kak Limah dalam filem komedi Hantu Kak Limah Balik Rumah yang mencetus fenomena dalam dunia perfileman negara.

Kak Limah muncul di Marang. Itulah yang diperkatakan sebuah keluarga di Kampung Temiang, Pengkalan Berangan, apabila lima sekeluarga tertekan dan ketakutan akibat diganggu lembaga wanita tua berambut panjang itu sejak lebih seminggu lalu.

Wanita misteri itu dikatakan sering menjelma dan dilihat merayau-rayau sekitar kawasan rumah di situ. Malah, kelibat menyeramkan itu dapat dirakam secara kebetulan oleh salah seorang ahli keluarga terbabit.

Ketua keluarga, Mazlan Ali, 55, mendakwa, lembaga itu berpakaian batik lusuh dengan rambut mencecah paras pinggang, sering merayau sekitar rumah anaknya dari waktu malam hingga ke subuh, sebelum menghilangkan diri.


Hantu Kak Limah minta tolong

Menurutnya, kesemua lima keluarga yang tinggal di kawasan itu adalah anaknya dan tinggal secara berasingan di rumah masing-masing kerana sudah berumah tangga.

“Ada antara mereka juga pernah melihat kelibat seorang wanita berambut panjang berdiri berdekatan paip air dan sekitar rumah sebelum menghilangkan diri.

“Boleh dikatakan setiap hari pasti ada anak saya yang melihat kelibat wanita itu. Bukan itu saja, malah semalam, (kelmarin) saya sendiri terdengar lembaga itu menjerit meminta tolong,” katanya.

Dua bulan sebelum ini, katanya, kejadian menyeramkan itu tidak pernah dialami ahli keluarganya. Kemunculan lembaga wanita berambut panjang itu dikatakan bermula selepas dia membawa balik beberapa keping papan serta tiang rumah ke rumahnya.

Menurutnya, kepingan papan dan tiang rumah itu diperoleh dari rumah pusaka ayahnya di Jerangau, Dungun, untuk dijadikan dinding rumah anaknya, Mohd Syawal, 22.


Diganggu selepas bawa balik papan

“Saya membawa pulang beberapa papan dan tiang itu ke rumah ini pada November lalu dan sejak itu gangguan lembaga misteri itu, bermula dan kami kerap diganggu dan kini kami sudah tidak tahan lagi dengan gangguan ini dan perlukan bantuan,” katanya.

Menguatkan lagi dakwaan itu, Mohd Syawal turut me-nunjukkan imej lembaga misteri wanita tua seperti bertongkat yang dirakam secara tidak sengaja oleh ahli keluarganya beberapa hari lalu.

Bagaimanapun, kata Mohd Syawal, dia sendiri belum pernah melihat kelibat wanita misteri itu tetapi sering diganggu bunyi yang pelik dan menakutkan sehingga menyebabkan dua anaknya tidak dapat tidur serta asyik menangis.

“Bunyi seperti orang mencakar dinding kerap kedengaran di luar rumahnya pada sebelah malam, apabila saya turun tiada sesiapa di bawah. Kami buntu memikirkan cara untuk mengatasi gangguan ini,” katanya.
Imam nasihat buat solat Hajat

Sementara itu, Sinar Harian turut menemui beberapa penduduk berdekatan kawasan itu namun rata-rata memberitahu kelibat wanita misteri itu tidak pernah menggangu mereka.

Manakala, imam Mohamad Razak, 57, menasihatkan agar keluarga itu mengamalkan bacaan ayat suci al-Quran dan bersolat lebih tekun bagi mengelak diganggu selain mengadakan solat Hajat bersama penduduk setempat.

Berikutan itu, kesemua keluarga terbabit berharap ada pihak yang dapat membantu mereka menangkap atau mengusir lembaga menyerupai wanita itu kerana mereka tidak tahu cara menangani gangguan tersebut.

Keluarga ini boleh dihubungi menerusi talian 014-8120040 (Mohd Syawal) dan 013-9488025.


sumber: http://www.sinarharian.com.my/nasional/tidak-tahan-diganggu-hantu-kak-limah-1.14542
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
mad
MODERATOR
mad

Male
Countries/State : Sabah
Age : 46
location : Sandakan,Tawau
Tag ID: : SFC 02182
Points : 13189
Reputation : 10
Number of posts : 2088

Tidak tahan diganggu hantu Kak Limah Empty
PostSubject: Re: Tidak tahan diganggu hantu Kak Limah   Tidak tahan diganggu hantu Kak Limah Icon_minitime26/12/2011, 2:43 pm

btul ka jgk ni,mntang2 la bru kluar film...
Back to top Go down
kent1189
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
kent1189

Male
Countries/State : Sarawak
Age : 40
location : miri sarawak
Website : http://www.lowisslow.com
Tag ID: : SFC 18976
Points : 11115
Reputation : 19
Number of posts : 1183

Tidak tahan diganggu hantu Kak Limah Empty
PostSubject: Re: Tidak tahan diganggu hantu Kak Limah   Tidak tahan diganggu hantu Kak Limah Icon_minitime6/1/2012, 7:57 pm

Mungkin rumah pusaka tu dh lama x d diami, so dh d diami mahluk alus tu.. pastu ambik papan x minta kebenaran dulu..
Back to top Go down
Fredy Yeong
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
Fredy Yeong

Male
Countries/State : Sabah
Age : 28
location : LDU - TWU - SDK
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC 17293
Points : 11374
Reputation : 12
Number of posts : 1072

Tidak tahan diganggu hantu Kak Limah Empty
PostSubject: Re: Tidak tahan diganggu hantu Kak Limah   Tidak tahan diganggu hantu Kak Limah Icon_minitime8/1/2012, 5:27 pm

hahaha..mungkin hantu kak limah keluar dari tv...hahaha
Back to top Go down
im
MODERATOR
im

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 44
location : |||||TAWAU|||||
Tag ID: : SFC 07691
Points : 16978
Reputation : 75
Number of posts : 5575

Tidak tahan diganggu hantu Kak Limah Empty
PostSubject: Re: Tidak tahan diganggu hantu Kak Limah   Tidak tahan diganggu hantu Kak Limah Icon_minitime8/1/2012, 6:37 pm

uiii, klu malam2 muncul lepas tu hlang, mmg hantu la tu...seram...klu hantu kak limah, cuma org gila saja...
Back to top Go down
rayz yokai
SENIOR
SENIOR


Male
Countries/State : Sabah
Age : 38
location : Penampang
Points : 11032
Reputation : 10
Number of posts : 727

Tidak tahan diganggu hantu Kak Limah Empty
PostSubject: Re: Tidak tahan diganggu hantu Kak Limah   Tidak tahan diganggu hantu Kak Limah Icon_minitime12/1/2012, 8:10 am

hahaha....the real hantu kak limah kali
Back to top Go down
Sponsored content




Tidak tahan diganggu hantu Kak Limah Empty
PostSubject: Re: Tidak tahan diganggu hantu Kak Limah   Tidak tahan diganggu hantu Kak Limah Icon_minitime

Back to top Go down
 

Tidak tahan diganggu hantu Kak Limah

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: