SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Remaja jadi hero pantai Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Remaja jadi hero pantai Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Remaja jadi hero pantai

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15323
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Remaja jadi hero pantai Empty
PostSubject: Remaja jadi hero pantai   Remaja jadi hero pantai Icon_minitime24/1/2012, 7:11 pm

Remaja jadi hero pantai Image

KOTA TINGGI - Seorang pelajar Tingkatan Empat nekad menggunakan kepakaran berenangnya untuk membantu seorang kanak-kanak perempuan daripada lemas di Pantai Tanjung Balau, Desaru, dekat sini, semalam.

Ketika kejadian kira-kira jam 2 petang itu, Mohd Syafiq Arsyad Zainul Abidin, 16, bersama ibu saudara, Rita Zuhaida Mohd Nazeer, 24, dan rakan ibu saudaranya, Siti Aqilah Jahari, 23, turut berjaya menyelamatkan dua lagi mangsa daripada lemas dihanyut ombak kuat.

Pelajar Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB) itu berkata, dia pada mulanya menyangka suara jeritan minta tolong daripada kanak-kanak terbabit hanyalah sekadar gurauan berikutan terdapat sekumpulan remaja lain sedang bermandi di kedudukan berhampiran.

“Saya bersama makcik dan rakannya sedang mandi-manda bersama sebelum kedengaran suara jeritan minta tolong daripada kanak-kanak terbabit.

“Melihat tiada respons dan tindakan daripada kumpulan remaja yang mandi berhampiran kanak-kanak terbabit, saya menyangka jeritan minta tolong itu sekadar gurauan.

“Apabila melihat kanak-kanak terbabit terkapai-kapai dengan mulutnya sudah mengeluarkan buih, saya segera berenang menyelamatkannya.

“Manakala dua lelaki dewasa yang dilihat bersama kanak-kanak terbabit turut sama hampir lemas, makcik saya bersama rakannya segera mencapai mereka dan membawa ke arah darat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mohd Syafiq yang berasal dari Taman Bukit Kempas berkata, dia diberitahu oleh orang ramai bahawa terdapat tiga yang lain dipercayai ahli keluarga tiga individu yang diselamatkan masih belum ditemui.

“Kami hanya berjaya mengesan tiga orang sahaja, namun saya melihat orang awam yang berada di pantai ini turut sama membantu menjejaki tiga yang lain,” katanya.

Menurutnya, kehadiran dia sekeluarga ke pantai terbabit bertujuan untuk beriadah dan berkelah bagi mengisi masa terluang sempena cuti Tahun Baru Cina.

“Saya sendiri tidak menyangka perkara ini akan berlaku. Kami tiba di pantai ini sekitar jam 11 pagi. Sebaik sahaja tiba, kami menjamah sedikit hidangan sebelum mula ke pantai untuk mandi-manda.

“Ketika kejadian, saya hanya tawakal kepada ALLAH ketika cuba untuk menyelamatkan kanak-kanak terbabit. Mujurlah ilmu berenang yang dipelajari sejak berusia lima tahun memberi manfaat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Che Mahazan Che Aik ketika dihubungi Sinar Harian, semalam, mengesahkan kejadian terbabit dan memberitahu lima daripada enam mangsa yang hampir lemas berjaya diselamatkan orang awam.

“Seorang daripadanya berusia 17 tahun ditemui mati lemas dalam kejadian jam 2.50 petang. Mayat mangsa lelaki ini ditemui pasukan penyelamat sekitar jam 3.15 petang dan dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk dibedah siasat,” katanya.


sumber: http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/remaja-jadi-hero-pantai-1.19815
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
kent1189
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
kent1189

Male
Countries/State : Sarawak
Age : 40
location : miri sarawak
Website : http://www.lowisslow.com
Tag ID: : SFC 18976
Points : 10993
Reputation : 19
Number of posts : 1183

Remaja jadi hero pantai Empty
PostSubject: Re: Remaja jadi hero pantai   Remaja jadi hero pantai Icon_minitime25/1/2012, 10:55 am

Bnyk dh kes lemas d pantai kebelakangan ni. Kalau boleh elakkan mandi dipantai ketika ombak besar. arus kalu ditengok dari permukaan laut mmg tidak kuat, tapi di dasar pantai kuat tu..
Back to top Go down
im
MODERATOR
im

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 44
location : |||||TAWAU|||||
Tag ID: : SFC 07691
Points : 16856
Reputation : 75
Number of posts : 5575

Remaja jadi hero pantai Empty
PostSubject: Re: Remaja jadi hero pantai   Remaja jadi hero pantai Icon_minitime25/1/2012, 11:03 am

ni la diorg ni, sdh xtau berenang maw jgk pi mandi di pantai lagi...itu sengaja cari nahas la tu...nsb baik ada hero ni...
Back to top Go down
kent1189
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
kent1189

Male
Countries/State : Sarawak
Age : 40
location : miri sarawak
Website : http://www.lowisslow.com
Tag ID: : SFC 18976
Points : 10993
Reputation : 19
Number of posts : 1183

Remaja jadi hero pantai Empty
PostSubject: Re: Remaja jadi hero pantai   Remaja jadi hero pantai Icon_minitime25/1/2012, 11:13 am

Kalu mau mandi juga, sedia pelampung tiub. Baru selamat.. yg menyelamat pn kalu teda pandai menyelamat org , bule lemas juga. org lemas ni kalu kita cuba selamatkan dari depan dia, dia akan tekan kita/apa saja yg boleh d gapai tangannya ke dalam air utk dia naik atas. tarik dri blakang adalah cara yg betul..hehe. selamatkan dgn pelampung lagi selamat kalu mau bergelar hero..
Back to top Go down
im
MODERATOR
im

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 44
location : |||||TAWAU|||||
Tag ID: : SFC 07691
Points : 16856
Reputation : 75
Number of posts : 5575

Remaja jadi hero pantai Empty
PostSubject: Re: Remaja jadi hero pantai   Remaja jadi hero pantai Icon_minitime25/1/2012, 11:27 am

nsb baik msh pjg umor lg bdk2 tu...
Back to top Go down
Sponsored content




Remaja jadi hero pantai Empty
PostSubject: Re: Remaja jadi hero pantai   Remaja jadi hero pantai Icon_minitime

Back to top Go down
 

Remaja jadi hero pantai

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: