SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Melayu liat daftar mengundi Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Melayu liat daftar mengundi Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Melayu liat daftar mengundi

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15443
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Melayu liat daftar mengundi Empty
PostSubject: Melayu liat daftar mengundi   Melayu liat daftar mengundi Icon_minitime13/2/2012, 11:01 pm

Melayu liat daftar mengundi Image

SHAH ALAM - Sikap tidak ambil peduli dan memandang remeh kepentingan mendaftar sebagai pemilih, walaupun layak berbuat demikian antara alasan ramai orang Melayu gagal melaksanakan hak dan tanggungjawab pada pilihan raya umum.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, tinjauan SPR mendapati orang Melayu dan Bumiputera berusia 21 tahun ke atas di negara ini, lebih sibuk dengan urusan sendiri sehingga tidak ambil peduli mengenai pendaftaran sebagai pemilih.

“Perkara ini membabitkan 2.1 juta membabitkan orang Melayu dan bumiputera. Mereka mengatakan itu dan ini berkaitan pilihan raya.

“Mereka bercerita soal demokrasi dan sebagainya, tetapi jika dilihat kepada jumlah yang dikenal pasti SPR ini, ternyata ramai tidak ambil peduli , sedangkan SPR banyak melakukan hebahan supaya mendaftar sebagai pemilih,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, menerusi kajian sikap pada 2006, mereka berusia 21 tahun ke atas lebih lebih sibuk dengan urusan peribadi termasuk hal kerjaya.

“Berdasarkan tinjauan, jawapan maklum balas paling tinggi diperoleh daripada responden ialah, mereka tiada masa untuk mendaftar kerana sibuk dengan karier.

“Daripada hasil tinjauan tersebut, kita sudah tahu masalah utama adalah berpunca daripada sikap mereka sendiri, “ katanya.

Selain sikap, Wan Ahmad berkata, kajian menunjukkan ramai memberikan alasan tidak tahu cara dan tem*pat untuk membuat pen*daf*taran.

“Hasil kajian sikap yang dibuat pada 2006 itu, masih relevan walaupun sudah lebih lima tahun berlalu. Ini kerana, SPR telah melaksanakan sistem mendaftar yang mudah tetapi mengapa masih ramai belum mendaftar. Oleh itu, kita kembali kepada budaya sikap tadi,” ujar beliau.

Menurutnya, sehingga Disem*ber 2011, jumlah penolong pendaftar bagi wakil parti politik berjumlah 5,720, wakil jabatan 3,321, wakil pertubuhan 910, wakil universiti 253 dan pejabat pos 702 di seluruh negara.

“Banyak saluran mendaftar dise*diakan dan SPR sendiri bergerak di setiap tempat strategik bagi memudahkan orang ramai mendaftar.

Dengan keadaan politik semasa, senario itu sepatutnya mampu memberi kesedaran untuk mengundi, tetapi golongan muda pula masih ramai belum mendaftar. Saya tegaskan, majoriti atau 60 peratus yang tidak mendaftar ini adalah mereka yang di bawah 40 tahun,” katanya.

Beliau menegaskan, tidak guna bercakap soal politik sekiranya mereka yang layak untuk mendaftar pemilih tidak berbuat demikian dan akhirnya menjadi pemerhati pada pilihan raya kerana tidak layak membuang undi.

“Kita memang tidak boleh membuat pendaftaran secara automatik kerana kita perlu kembali kepada syarat kelayakan mengundi. Kaedah automatik tidak praktikal kerana SPR perlu cari mereka yang tidak layak antaranya seperti gila, muflis, dan syarat lain, termasuk individu yang meninggal dunia,” katanya.


sumber: http://www.sinarharian.com.my/politik/melayu-liat-daftar-mengundi-1.23482
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Melayu liat daftar mengundi

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: