KUALA LUMPUR: Sebuah kumpulan penggodam bergelar ‘Dragon Force’ mendakwa laman facebook (fb) yang ditubuhkan kumpulan penyokong murtad di Malaysia dan Singapura berjaya dilumpuhkan hasil kerjasama antara penggodam tempatan di seluruh negara.
Dalam kenyataan yang disiarkan dalam laman blog mydefacer.tk, mereka mendakwa tindakan itu dilakukan kerana pihak berkuasa tidak mengambil langkah sewajarnya untuk menghentikan perbuatan melampau pentadbir laman berkenaan.
Mereka mendakwa sudah dihubungi seorang penggodam bernama Tok Imam yang menyeru semua rakan- penggodam bekerjasama melumpuhkan laman itu.
“Alhamdulillah, dengan berkat kerjasama ‘hackers’ Malaysia, akhirnya kumpulan biadab itu dilumpuhkan,” katanya.
Menurut kenyataan itu lagi walaupun penggodam sering dilabel secara negatif ada kalanya taktik agresif seperti yang dilakukan mereka perlu digunakan terhadap laman web yang berniat jahat.
sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/art...cle/index_html