SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Polis sahkan mayat rentung adalah Dirang Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Polis sahkan mayat rentung adalah Dirang Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Polis sahkan mayat rentung adalah Dirang

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15127
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Polis sahkan mayat rentung adalah Dirang Empty
PostSubject: Polis sahkan mayat rentung adalah Dirang   Polis sahkan mayat rentung adalah Dirang Icon_minitime13/3/2012, 1:24 am

Polis sahkan mayat rentung adalah Dirang Image

SENAI - Polis mengesahkan penemuan serpihan rangka manusia yang rentung di Ladang Kelapa Sawit Nusa Damai, Masai, 8 Mac lalu, adalah milik Nurul Nadirah atau panggilan manjanya, Dirang, yang hilang sejak 1 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Roslan Zainuddin berkata, pengesahan itu dibuat selepas pihaknya menerima hasil keputusan ujian DNA ke atas serpihan rangka manusia yang ditemui dan sampel ibu Dirang, Roselyn Alan, 25, hari ini.

"Berdasarkan pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya," katanya kepada pemberita di sini hari ini," katanya lagi.

Laporan Bernama memetik Roslan berkata, walaupun siasatan awal mendapati mayat rentung itu milik manusia dewasa, namun hasil ujian DNA yang dikeluarkan itu mendapati ia adalah milik Dirang yang dilaporkan hilang sejak 1 Mac.

Katanya, faktor keadaan mayat yang rentung teruk juga menyebabkan pengecaman sukar dilakukan oleh pihaknya.

Perkembangan terbaru itu sekaligus menamatkan misteri kehilangan Nurul Nadhirah yang sebelum ini dilaporkan hilang ketika keluar membeli mi segera dan telur kira-kira pukul 11 pagi, di kedai runcit di kawasan rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam.

Berikutan itu satu pasukan siasatan khas telah ditubuhkan dengan diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Amer Awal dan dibantu pasukan dari Bukit Aman bagi menyelesaikan kes itu.

Kes itu turut mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk pihak swasta dan orang perseorang yang turut sama membantu mencari dengan mengedarkan poster mengenai kehilangan mangsa.

Hasil siasatan sebelum ini, katanya polis telah menahan empat suspek termasuk bapa kandung mangsa dan jirannya bagi membantu siasatan berhubung kehilangan kanak-kanak itu.

Roslan berkata, berikutan hasil ujian itu, polis kini menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh berbanding sebelum ini yang disiasat atas aduan orang hilang.

Menurutnya, tempoh tahanan reman keempat-empat suspek akan dilanjutkan bagi membantu siasatan.


SUMBER:http://www.sinarharian.com.my/semasa/polis-sahkan-mayat-rentung-adalah-dirang-1.31581
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
eJump_Rockstar
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
eJump_Rockstar

Male
Countries/State : Oregon
Age : 112
location : Tar Wow
Tag ID: : SFC 05113
Points : 12741
Reputation : 17
Number of posts : 1570

Polis sahkan mayat rentung adalah Dirang Empty
PostSubject: Re: Polis sahkan mayat rentung adalah Dirang   Polis sahkan mayat rentung adalah Dirang Icon_minitime13/3/2012, 4:23 am

mcm2 kes skrg ne, alahai dunia2...apa mo jd skrg ne...ish3...
Back to top Go down
http://www.respect-auto-club.blogspot.com
kent1189
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
kent1189

Male
Countries/State : Sarawak
Age : 40
location : miri sarawak
Website : http://www.lowisslow.com
Tag ID: : SFC 18976
Points : 10797
Reputation : 19
Number of posts : 1183

Polis sahkan mayat rentung adalah Dirang Empty
PostSubject: Re: Polis sahkan mayat rentung adalah Dirang   Polis sahkan mayat rentung adalah Dirang Icon_minitime13/3/2012, 2:40 pm

mungkin sama kes dengan adik Nurul yg di bunuh kejam disimpan dlm beg dulu.. angkara dendam dengan ayahnya/ahli keluarga mangsa. Kesian budak ni, apa yg terjadi kepadanya sblum dia dibakar kan.. so sad..huhu
Back to top Go down
Sponsored content




Polis sahkan mayat rentung adalah Dirang Empty
PostSubject: Re: Polis sahkan mayat rentung adalah Dirang   Polis sahkan mayat rentung adalah Dirang Icon_minitime

Back to top Go down
 

Polis sahkan mayat rentung adalah Dirang

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: