SEKUMPULAN pemuda berbaring di atas jalan semata-mata untuk memberi laluan kepada seekor lembu jantan di Pamplona, Sepanyol.
PAMPLONA – Sekumpulan pemuda sanggup baring di sebatang jalan raya di sini baru-baru ini semata-mata untuk memberi laluan kepada seekor lembu jantan berjalan di atas tubuh mereka.
Kebanyakan rakan pemuda itu memilih untuk berlari bagi menyelamatkan diri berbanding berbaring di atas jalan.
Acara itu diadakan pada setiap tahun dengan orang ramai berlari menyelamatkan diri daripada ditanduk oleh lembu jantan.
Setakat ini tiga orang cedera akibat dipijak dan terkena tandukan lembu jantan.
ORANG ramai melompat ke dalam laut bersama lembu jantan.
Acara itu menarik kehadiran ramai pelancong asing ke bandar Pamplona sejak ia diadakan pada 1925.
Orang ramai yang menyertai acara itu akan turut melompat ke dalam laut bersama lembu dalam satu lagi acara lain yang berlangsung sehingga 17 Julai ini.
sumber:http://cerita2pelik.blogspot.com/2012/03/lembu-berjalan-atas-tubuh-pemuda_21.html