Akhirnya Honda Malaysia telah melancarkan Jazz Hybrid, ahli keluarga hybrid terbaru mereka. Secara rasminya, Honda kini mempunyai pilihan model hybrid terbanyak di Malaysia selain Insight dan CR-Z. Menggunakan enjin yang sama dengan Insight, 1.3L i-VTEC petrol bersama dengan sistem IMA hybrid, ia menawarkan sehingga 30 peratus atau 21.3km/l penjimatan minyak berbanding dengan varian 1.5L petrol (Honda Malaysia masih menjual model ini).
Honda masih mengekalkan ciri unik model Jazz iaitu sistem Ultra Seat dengan tangki minyaknya terletak di bawah kerusi hadapan, manakala bateri IMA berada ditempat simpanan tayar gantian. Jazz Hybrid juga didatangkan dengan kit membaiki tayar pancit yang sama seperti model Stream RSZ.
Untuk mengekalkan bateri supaya sentiasa dalam keadaan sejuk, air ducting telah dibuat pada D-pillar untuk menghantar udara sejuk dalam kabin kepada bateri IMA. Anda tidak perlu risau jika kereta anda dilanggar dari belakang kerana bateri IMA terletak antara diameter tayar, bermakna jika berlaku kemalangan, tayarlah yang akan menyerap impak tersebut.
Mengenai bateri pula, Honda Malaysia memberi jaminan selama 5 tahun atau 140,000km. Jika anda masih merasa was-was, Honda Malaysia cuma mengenakan caj kurang dari RM8,000 untuk menggantikan bateri tersebut (tidak termasuk kos buruh), yang mana masih murah berbanding dengan jenama “T”.
Model ini juga dilengkapi dengan enam airbag, Hill-Start Assist, lampu LED, rim15-inci, Vehicle Stability Assist (VSA), ABS, BA dan banyak lagi. Pakej servis percuma selama 6 bulan atau 10,000km juga disertakan. Pada harga RM 94,800 (atas jalan termasuk insurans), Jazz Hybrid ketika ini merupakan kereta hybrid termurah dalam pasaran, namun ia masih mengekalkan kelengkapan yang canggih dan kualitinya.
Keterangan lebih lanjut anda boleh layari disini >>> http://dld.bz/bfN2K
sumber:http://infoisusemasa.blogspot.com/2012/03/hal-ehwal-semasa.html