SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Makan berlauk lipas Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Makan berlauk lipas Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Makan berlauk lipas

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15445
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Makan berlauk lipas Empty
PostSubject: Makan berlauk lipas   Makan berlauk lipas Icon_minitime29/3/2012, 5:14 pm

Makan berlauk lipas Image

POH - Tiga sekeluarga yang sedang enak menjamu selera di sebuah kedai makan di Bandar Baru, Kuala Kangsar dekat sini pagi semalam tersentak apabila salah satu pinggan hidangan mereka turut ‘disajikan’ dengan seekor lipas mati.

Che Abidin Ajib, 52, mendakwa insiden itu berlaku pada jam 10.30 pagi sewaktu dia bersama isteri dan anak lelakinya menikmati sarapan pagi di kedai berkenaan.

Beliau yang menetap di Sungai Siput bersama keluarganya mendakwa selalu mengunjungi kedai makan tersebut yang dikendalikan oleh warga Kemboja yang sudah lama menetap di negara ini.

Kakitangan kerajaan itu mendakwa, sewaktu kejadian, isterinya, Sharifah Safura Syed Isa, 36, sedang menikmati kuey teow goreng sebelum menemui lipas itu di dalam pinggan tersebut.

“Kira-kira enam bulan lalu, saya pernah menemui telur lipas di dalam minuman di kedai yang sama namun tidak menyangka kejadian yang lebih kurang sama berlaku pada hari ini (semalam).

“Setibanya isteri saya di rumah, dia terus muntah kerana berasa jijik dengan penemuan serangga itu,” katanya ketika hadir di Pejabat Sinar Harian, semalam.

Che Abidin turut bertindak memberitahu pemilik kedai terbabit berhubung penemuan lipas tersebut.

“Bagaimanapun, pemilik kedai hanya meminta maaf dan berkata ia mungkin kecuaian pekerjanya sewaktu menyediakan makanan,” katanya.

Katanya, harga makanan dan minuman yang berjumlah RM18 juga turut dibayar kerana dia tidak mahu perkara itu terus berpanjangan.

“Saya malas untuk bertegang urat dengan pemilik kedai itu dan bertindak meninggalkan premisnya dengan segera.

“Oleh itu, saya berharap premis yang menjual makanan perlu menjaga kebersihan secara keseluruhan agar perkara sebegini tidak akan berulang ke atas orang lain,” katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/makan-berlauk-lipas-1.35934
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Makan berlauk lipas

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: