SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
‘Toyol’ dicekup jiran Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
‘Toyol’ dicekup jiran Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 ‘Toyol’ dicekup jiran

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15445
Reputation : 31
Number of posts : 1806

‘Toyol’ dicekup jiran Empty
PostSubject: ‘Toyol’ dicekup jiran   ‘Toyol’ dicekup jiran Icon_minitime16/4/2012, 6:45 pm

‘Toyol’ dicekup jiran Image

KUALA TERENGGANU - Misteri kehilangan barang berharga di dalam kereta Proton Saga milik seorang warga emas akhirnya terjawab apabila tertangkapnya seorang lelaki yang juga merangkap jiran sekampung dalam satu kejadian di Kampung Kubang Badak, di sini, tengah hari semalam.

Yahya Abdullah, 78, berkata, dia menyangkakan sebelum ini, barang berharga termasuk wang tunai yang ditinggalkan di dalam kereta di hadapan rumahnya sering hilang adalah perbuatan toyol.

“Saya langsung tidak terfikir kereta ini diceroboh orang kerana tidak ada kesan mencurigakan, apatah lagi kereta ini diletakkan di hadapan rumah dalam keadaan berkunci.

“Disebabkan itulah, setiap kali saya menyedari barang berharga yang ditinggalkan di dalam kereta ini hilang, saya hanya berserah dan menganggap sudah tidak ada rezeki,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya, semalam.

Menurut Yahya, semasa kejadian iaitu kira-kira jam 12 tengah hari, dia bersama isterinya, Aishah Long, 68, sedang bersembang di ruang dapur dan tiba-tiba dikejutkan suara riuh rendah jiran menjerit memberitahu ada pencuri yang sedang menceroboh masuk ke dalam keretanya.

“Terkejut dengan jeritan itu, saya terus berlari keluar dan ketika itu, saya lihat jiran yang juga anak saudara saya sedang memegang seseorang dikenali yang ditangkap di dalam kereta saya ketika sedang asyik mencari sesuatu,” katanya.

Katanya lagi, ‘si toyol’ itu memberi alasan ingin mencari rokok dan tidak ada niat untuk mencuri.

Bagaimanapun, bimbang perkara sama akan berulang lagi, Yahya mengambil keputusan menyerahkan ‘si toyol’ itu kepada pihak polis di Balai Polis Gong Badak, di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi Sinar Harian semalam mengesahkan menerima tangka*pan terbabit dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/toyol-dicekup-jiran-1.40229
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

‘Toyol’ dicekup jiran

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: