SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
'Kuliah Dataran Merdeka' Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
'Kuliah Dataran Merdeka' Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 'Kuliah Dataran Merdeka'

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15443
Reputation : 31
Number of posts : 1806

'Kuliah Dataran Merdeka' Empty
PostSubject: 'Kuliah Dataran Merdeka'   'Kuliah Dataran Merdeka' Icon_minitime20/4/2012, 12:12 am

'Kuliah Dataran Merdeka' Image

KUALA LUMPUR - Di sebalik kempen menuntut memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), pihak penganjur dan aktivis mahasiswa mengadakan siri kuliah percuma dengan menamakan Dataran Merdeka sebagai 'universiti'.

Keadaan itu berlarutan sehingga malam tadi - malam kelima aktivis mahasiswa berkhemah di Dataran Merdeka - sebahagian daripada kempen mereka membawa tuntutan itu.

Pengerusi Malaysia Bangkit, Mohd Syahid Zaini berkata, sehingga kini mereka tidak menghadapi sebarang masalah eko*ran sokongan pelbagai pihak membantu.

Menurutnya, mahasiswa juga akan mengisi program dengan mengadakan ‘Universiti Dataran Merdeka’ yang terbuka kepada semua bagi membuktikan pendidikan percuma boleh dilaksanakan.

“Kita akan adakan kelas Bahasa Mandarin, Arab dan kelas lukisan, ia adalah sumba*ngan mahasiswa,” katanya.

Dalam pada itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hanya membenarkan dua khemah didirikan di kawasan diduduki sekumpulan mahasiswa di Dataran Merdeka, semalam.

Persetujuan ini dicapai kedua-dua pihak selepas perbincangan dibuat dan mahasiswa sendiri mengambil keputusan menurunkan sendiri khemah tanpa kekasaran.

Kira-kira jam 8.30 pagi semalam, seorang Pegawai DBKL hadir meminta mahasiswa mengosongkan tempat perkhemahan kerana melanggar peraturan Undang-undang Kecil Dataran Merdeka dan meminta mereka berbuat demikian dalam tempoh lima minit.

Protes sekumpulan mahasiswa supaya kerajaan memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diteruskan pada hari keenam, semalam.

Ditanya sama ada mereka akan menambah khemah selepas ini, Mohd Syahid berkata, mereka akan cuba menambah khemah dari masa ke semasa.

“Kami akan kekal berkhemah di sini. Buat sementara waktu, bilangan khemah akan dikurangkan sebagai menghormati mereka di atas pertimbangan toleransi. Untuk sebelah petang dan malam, kami akan dirikan khemah semula untuk sesi kuliah,” katanya.

Setakat ini enam khemah dirampas DBKL sejak Ahad lalu.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian mendapati tiada lagi potret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang dikalung bunga malai, di persekitaran lokasi mahasiswa terbabit berhimpun dan mendirikan khemah.

Sabtu lalu, demonstrasi mansuhkan PTPTN berjaya menarik kira-kira 300 mahasiswa dan mereka berkhemah di Dataran Merdeka sejak hari itu.

Mahasiswa dikatakan akan terus berada di Dataran Merdeka sehingga 28 April menunggu kehadiran penyokong untuk Himpunan Bersih 3.0 Duduk Bantah bagi menuntut sistem pilihan raya yang bersih dan adil.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/nasional/kuliah-dataran-merdeka-1.41247
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

'Kuliah Dataran Merdeka'

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: