SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
 Taktik licik 'profesional', buka cermin hadapan kereta Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
 Taktik licik 'profesional', buka cermin hadapan kereta Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

  Taktik licik 'profesional', buka cermin hadapan kereta

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15445
Reputation : 31
Number of posts : 1806

 Taktik licik 'profesional', buka cermin hadapan kereta Empty
PostSubject: Taktik licik 'profesional', buka cermin hadapan kereta    Taktik licik 'profesional', buka cermin hadapan kereta Icon_minitime22/4/2012, 4:16 pm

 Taktik licik 'profesional', buka cermin hadapan kereta Image

GUAR CHEMPEDAK (Yan) - ‘Pencuri profesional’. Demikian pendapat penduduk di Kampung Banggol Lalang berhubung kejadian kereta seorang penduduk di sini yang menjadi mangsa kes kecurian, Jumaat lalu.

Pencuri terbabit dikatakan ‘profesional’ kerana berjaya membuka cermin hada-pan kereta jenis Perodua Kancil milik Hasnah Ariffin, 51, dan mengangkat cermin tersebut serta diletakkan di atas bumbung kenderaan itu tanpa memecahkannya.

Difahamkan, modus operandi yang digunakan untuk memecah masuk kereta itu amat licik tanpa melibatkan kerosakan teruk dan mangsa langsung tidak menyedari kehadiran si pencuri.

Suami Hasnah, Sirozi Mohd Noh, 52, berkata, dia menyedari keadaan kereta kancil itu yang di parkir di garaj hadapan rumahnya pada jam lapan pagi Jumaat lalu apabila ingin keluar menghantar anaknya ke kelas tuisyen.

“Semasa keluar dari rumah, saya terkejut apabila diberitahu oleh anak bahawa cermin kereta itu telah dileraikan daripada bingkainya dan diletakkan di atas bumbung kereta.

“Setelah diperiksa, saya dapati radio pemain cakera padat di dalam kereta itu telah tiada, dipercayai dikebas oleh pencuri terbabit,” katanya.

Sirozi berkata, dia juga mendapati pintu kereta sebelah pemandu cuba dikopak, namun gagal, berdasarkan kesan kopak yang terdapat pada pintu terbabit.

Sementara itu, Hasnah berkata, dia tidak perasan keadaan cermin hadapan keretanya telah dileraikan dan diletakkan di atas bumbung kereta ketika membuka tingkap rumahnya pagi itu.

“Selepas bangun daripada tidur, saya membuka tingkap rumah dan menjenguk keluar rumah memerhatikan keadaan sekeliling. Saya perasan terdapat getah panjang berwarna hitam di atas lantai garaj.

“Saya sangka ular, namun setelah diperhatikan dengan teliti baru saya perasan itu getah. Namun tidak menyangka getah itu adalah getah yang dilekatkan antara cermin hada-pan kereta dan bingkai cermin itu. Saya langsung tidak perasan mengenai keadaan kereta itu sehingga diberitahu suami,” katanya.

Sirozi kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Guar Chempedak dan nilai kerugian dianggarkan sebanyak RM1,200.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/taktik-licik-profesional-buka-cermin-hadapan-kereta-1.41933
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Taktik licik 'profesional', buka cermin hadapan kereta

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: