SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Bengkel tipu pelanggan Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Bengkel tipu pelanggan Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Bengkel tipu pelanggan

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15073
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Bengkel tipu pelanggan Empty
PostSubject: Bengkel tipu pelanggan   Bengkel tipu pelanggan Icon_minitime23/4/2012, 11:33 pm

HULU BERNAM – Pengguna dinasihatkan berwaspada ketika menghantar kenderaan ke bengkel.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kuala Kubu Bharu, Mispari Jaafar berkata, terdapat beberapa kes melibatkan pengguna yang menjadi mangsa pengusaha bengkel tidak bertanggungjawab yang cuba mengaut keuntungan dengan menipu pelanggan.

“Terdapat pengusaha bengkel yang licik menipu pelanggannya dan keadaan ini semakin serius kerana sudah ramai yang menjadi mangsa.

“Mereka menipu dengan mengisytiharkan komponen pada kenderaan pelanggan rosak sedangkan masih baik dan mengambilnya untuk dijual pada harga tinggi sementara alat ganti rosak diletakkan pada kenderaan tersebut,” katanya ketika ditemui pada Program Kepenggunaan Bestari di Taman Bernam Jaya di sini.

Menurutnya, kebanyakan pengguna tidak menyedari keadaan ini sehingga ada yang tertipu dan tanpa ragu-ragu menghantar semula kenderaan mereka di bengkel sama.

Kesannya kata beliau, pengguna berterusan tertipu dan menanggung kerugian berganda.

Mispari berkata, sebagai langkah penyelesaian PPDNKK telah melaksanakan beberapa tindakan termasuk membuat pemeriksaan premis dan mengarahkan pemilik premis meletakkan notis yang memaparkan anggaran harga untuk pelanggan.

“Sebelum membaiki kenderaan, pengusaha perlu memberitahu jenis kerosakan dan anggaran harga bagi mengelak penipuan.

“Jika pengusaha gagal berbuat demikian mereka boleh dikenakan tindakan sementara pelanggan yang merasa tertipu boleh membuat aduan di pejabat PPDNKK,” katanya.

Menurutnya, PPDNKK akan mengambil tindakan menggunakan Peraturan-Peraturan Bengkel di bawah Akta Perihal Dagangan 1972 (Pindaan 2011).

Beliau berkata, pihaknya juga mempunyai kaedah penyelesaian bagi kes tersebut seperti, penyelesaian antara tiga pihak atau membuat tuntutan pada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/...anggan-1.38059
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
kent1189
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
kent1189

Male
Countries/State : Sarawak
Age : 40
location : miri sarawak
Website : http://www.lowisslow.com
Tag ID: : SFC 18976
Points : 10743
Reputation : 19
Number of posts : 1183

Bengkel tipu pelanggan Empty
PostSubject: Re: Bengkel tipu pelanggan   Bengkel tipu pelanggan Icon_minitime24/4/2012, 7:31 am

Itulah penting bagi kita utk diagnosis sendri dulu kerosakan kenderaan spt terlibat/membaca dlm forum spt SFC ni supaya tidak tertipu. Lagi bagus kalau kerosakan dpt d buat sendiri..hehe
Back to top Go down
madee
MODERATOR
madee

Male
Countries/State : Indonesia
Age : 45
location : KB - Labuan - Tenom
Tag ID: : sFc 04528
Points : 19993
Reputation : 26
Number of posts : 8968

Bengkel tipu pelanggan Empty
PostSubject: Re: Bengkel tipu pelanggan   Bengkel tipu pelanggan Icon_minitime24/4/2012, 8:37 am

btl tu...ne la gunanya bnyak kwn, blh tnya2 jgn smpai trjdi spt ceta d atas... rambo
Back to top Go down
hazmihassan
FRESHIE
FRESHIE


Male
Countries/State : Perak
Age : 57
location : tapah
Points : 8178
Reputation : 1
Number of posts : 6

Bengkel tipu pelanggan Empty
PostSubject: Re: Bengkel tipu pelanggan   Bengkel tipu pelanggan Icon_minitime4/4/2013, 2:52 pm

aku pun pernah kena tipu dulu. tu sekarang kalau ada masalah kereta
aku memang selalu hati-hati.
Back to top Go down
Sponsored content




Bengkel tipu pelanggan Empty
PostSubject: Re: Bengkel tipu pelanggan   Bengkel tipu pelanggan Icon_minitime

Back to top Go down
 

Bengkel tipu pelanggan

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: START YOUR ENGINE'S :: SIOLOON AUTO CHIT CHAT-
Jump to: