rina01 SUPERIOR
Countries/State : Age : 43 location : melaka Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/ Tag ID: : [B][I][url Points : 15443 Reputation : 31 Number of posts : 1806
| Subject: Volkswagen lancar Polo Sedan 26/4/2012, 8:28 pm | |
| [SIZE="3"] Syarikat Volkswagen Group Malaysia telah melancarkan model terbarunya, Polo Sedan di pasaran Malaysia pada harga semurah RM99,888. Kereta dalam segmen B itu dijangka bakal memikat hati para pengguna yang menginginkan sebuah kereta Eropah pada harga yang berpatutan. Model itu dilengkapi dengan enjin 1.6 liter multipoint injection (MPI), yang mampu mengeluarkan kuasa kuda 105PS dengan transmisi enam kelajuan automatik Triptronic. Selain itu, ia menghasilkan kuasa 153Nm di mana pecutan dari sifar ke 100 km/j dalam tempoh 12.3 saat dengan pecutan puncak 183 km/j. Dari segi aspek keselamatan, Polo Sedan dilengkapi dengan empat beg udara, agihan tekanan brek elektronik (EBD), sistem tindak balas kemalangan pintar (ICRS) dan sistem antibrek (ABS). Model pemasangan luar negara (CBU), dari India itu, ditawarkan dalam enam warna - putih, merah, biru, perak, hitam dan Terra Beige dan telah pun berada di pasaran Rusia, India, Afrika Selatan dan China. Keterangan lebih lanjut, layari dsini >>> http://bit.ly/JBNrEH[/SIZE] |
|