SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Rumah Sardin Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Rumah Sardin Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Rumah Sardin

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15445
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Rumah Sardin Empty
PostSubject: Rumah Sardin   Rumah Sardin Icon_minitime1/5/2012, 12:05 am

Rumah Sardin Pix_middle

KATA orang, kerja di Kuala Lumpur gajinya besar dan seseorang itu boleh menikmati kemewahan dengan cepat. Memiliki kereta import, rumah selesa, telefon bimbit canggih mahupun pakaian berjenama bukan mustahil, asalkan rajin berusaha dan tidak cepat putus asa.

Namun, adakah pendapat ini benar-benar berlaku kepada semua yang bekerja di Kuala Lumpur atau sekadar telahan? Benarkah golongan berkerjaya di ibu kota berjaya mengecapi impian masing-masing atau ia hanya sekadar cerita dongeng?

Bagi sesetengah golongan muda yang membesar dalam persekitaran kampung khasnya, keinginan merasai suasana berbeza pasti pernah singgah di fikiran.

Filem mahupun drama di televisyen yang banyak menonjolkan kemodenan serta kemewahan dunia kota sedikit sebanyak mempengaruhi minda golongan ini.


Tanpa mereka sedari, setiap langkah di kota besar menuntut wang ringgit untuk dibelanjakan. Tol, parkir dan makanan yang berganda harganya berbanding kawasan luar bandar umpama ‘membakar’ sekurang-kurangnya RM50 sebaik saja seseorang itu melangkah keluar daripada pintu rumah.


Tidak kira lelaki atau perempuan, kedua-duanya perlu mengharungi kos hidup yang kian meningkat di ibu kota. Walaupun bekerja, perbelanjaan tinggi memerlukan mereka bijak mengatur kewangan.

Kalau individu bergaji mencecah RM3,000 pun merungut tidak cukup wang, apatah lagi golongan yang pendapatannya tidak sampai empat angka sebulan.

Berikutan itu, setiap warga bandar raya, terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana, perlu berjimat cermat dalam menjalani hidup serta menyesuaikan diri di kota metropolitan yang seolah-olah mempunyai harga untuk setiap perkara dilakukan.

Kebanyakan individu yang keluarganya sedia menetap di bandar raya ini mungkin lebih bernasib baik kerana boleh tinggal di rumah sendiri, tetapi bagaimana pula dengan golongan muda yang merantau ke Kuala Lumpur semata-mata ingin memperoleh gaji lumayan, sekali gus memperbaiki kehidupan di kampung?

Mahu atau tidak, mereka perlu menyewa rumah untuk dijadikan tempat tinggal dan berkongsi sebuah rumah secara beramai-ramai. Inilah pilihan generasi muda masa kini dalam mengurangkan tekanan ekonomi bandar besar.

Sama ada ingin berjimat mahupun pendapatan sememangnya tidak mencukupi, kedua-duanya alasan serupa bagi golongan ini untuk bersesak dalam satu rumah tanpa memikirkan keselesaan sendiri. Pada pandangan mereka, lebih ramai lebih bagus kerana beban sewa rumah semakin ringan.

Luarannya, mereka mungkin kelihatan tenang dan berupaya menyesuaikan diri dengan cara hidup sedemikian rupa tetapi di sebalik ketenangan itu, golongan perantau ini pasti pernah mengimpikan ruang peribadi khusus untuk diri, setidak-tidaknya bilik sendiri.

Kalaupun ada yang menafikannya, lebih-lebih lagi lelaki, daripada segi psikologi pun setiap manusia sememangnya memerlukan ruang untuk diri sendiri tanpa kehadiran individu lain. Tidak salah tinggal beramai-ramai di bawah atap sama, namun ia boleh memberi kesan negatif jika tidak kena caranya.

Peruntukan maksimum RM100 hingga RM150 sebulan untuk membayar sewa rumah dianggap mereka sebagai angka terbaik yang membolehkan gaji digunakan untuk tujuan lain seperti ansuran kereta, pinjaman pendidikan, wang saku ibu bapa serta simpanan.

Jenis rumah yang sering menjadi pilihan mereka tentunya flat kerana kadar sewanya lebih murah atau menurut golongan ini, kadarnya lebih mampu dibayar berbanding rumah teres atau kondominium.

Namun, ada juga yang memilih apartmen kos rendah dan rumah kedai, semuanya bergantung kepada kemahuan dan cita rasa masing-masing.

Melihatkan suasana meriah sekitar flat yang menjadi tumpuan majoriti golongan muda, terdetik seketika bagaimana mereka boleh bertahan tinggal di kawasan seperti itu. Belum sampai di pintu rumah pun, bermacam masalah jelas kelihatan.

Paling ketara adalah tempat letak kereta yang sangat sesak dan tidak berupaya menampung jumlah kenderaan penghuni. Ia tidak hanya memberi tekanan kepada pemandu untuk mencari ruang parkir selepas pulang daripada kerja, malah boleh mengakibatkan pertengkaran mahupun kerosakan kereta gara-gara berebutkan tempat letak.kereta yang terhad.

Kemudian, ruang koridor pula menunjukkan betapa hari dilalui penghuni tidak selalunya baik. Ada yang kotor, kasut bersepah, air bertakung dan tidak kurang juga dengan jiran menyidai kain di jemuran orang lain.

Mungkin ramai menyangka majoriti penghuni flat adalah golongan berkeluarga, tetapi sebenarnya boleh dikatakan hampir setiap aras flat itu pasti ada penyewa bujang.

Berdasarkan rekod Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) sehingga akhir tahun lalu, separuh iaitu 800,728 daripada 1.67 juta penduduk Kuala Lumpur adalah golongan belia berumur 15 hingga 40 tahun. Jadi, bayangkan betapa ramai golongan muda di ibu kota ketika ini.

Sebaik melangkah masuk ke rumah golongan bujang, penulis terkejut melihat kepadatan ruang dalam rumah. Kalau ruang tamu pun diletakkan almari baju dan tilam, ruang mana lagi yang boleh tetamu duduk.

Di rumah lelaki khususnya, perkara biasa yang sering kelihatan adalah ruang tamu dipenuhi tilam dan meja komputer. Di situlah mereka bermain permainan komputer dan di situ juga mereka tidur. Terfikir seketika, nyenyakkah mereka tidur dalam keadaan sebegitu.

Bagi lelaki yang mempunyai alat muzik seperti gitar, keyboard mahupun dram contohnya, rumah mereka ibarat studio muzik tidak bertauliah.

Baunya pula, hanya mereka yang pernah tinggal sebumbung dengan teman lain secara beramai-ramai tahu hakikatnya. Walau sebersih mana rumah dijaga, bau memang sukar dikawal disebabkan saiz rumah kecil manakala barangnya pula terlalu banyak, menjadikan persekitaran dalam rumah sentiasa lembap.

Tidak cukup dengan itu, ada pula rumah yang dapurnya diubah suai menjadi bilik tidur. Ada yang berpendapat ia mengarut, tetapi jika ia boleh mengurangkan kadar sewa yang perlu dibayar setiap penghuni, perkara itu dirasakan terbaik buat penyewa yang mahu berjimat asalkan bukan bergelandangan.

Kunjungan ke beberapa rumah perempuan pula mendapati kebersihan lebih terjaga, namun kesesakan ruang tiada bezanya. Pantang ada saja bucu yang boleh digantungkan penyangkut baju (hanger), pakaian yang baru dicuci pasti digantung di situ, termasuk di dapur sekalipun.

Di bilik mandi pula, baldi tersusun di belakang pintu yang semuanya mempunyai baju direndam. Jika empat pengguna bilik mandi terbabit, empat juga baldi yang ada, tidak termasuk baldi simpanan air. Bayangkan betapa sempitnya ruang bilik mandi yang sedia kecil itu.

Namun menariknya, waktu lapang golongan perempuan sering diisi dengan aktiviti memasak. Cukup semalam bermalam di rumah mereka pada hujung minggu, seawal 7 pagi lagi mereka keluar ke pasar untuk membeli keperluan dapur.

Tiga orang ke pasar sebelum masak makanan tengah hari, dua orang kemas rumah, dua orang cuci tandas dan stor, manakala tiga lagi pulang ke kampung masing-masing.

Apapun masalah yang jelas wujud di depan mata dek ‘rumah sardin’, ramai pula golongan muda yang menyangkal masalah berkenaan, sebaliknya menganggap keselamatan lebih terjamin kerana tidak tinggal berseorangan.

Malah, kata mereka, duduk beramai-ramai lebih berkesan dalam mengurangkan tekanan kerana masalah di tempat kerja atau peribadi dapat dikongsi bersama teman serumah berbanding tinggal bersendirian.



sumber:http://www.hmetro.com.my/articles/Lebihramailebihbagus/Article/artikelMA
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
im
MODERATOR
im

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 44
location : |||||TAWAU|||||
Tag ID: : SFC 07691
Points : 16978
Reputation : 75
Number of posts : 5575

Rumah Sardin Empty
PostSubject: Re: Rumah Sardin   Rumah Sardin Icon_minitime1/5/2012, 6:44 pm

pengalaman ni mmg dpt diperolehi di bdr2 sj...w/pun sempit tp hidup mesti diteruskan...hehe...ala bisa tegal biasa la katakan...
Back to top Go down
 

Rumah Sardin

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: