SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Bayi ‘terbang’ atas jalan  Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Bayi ‘terbang’ atas jalan  Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Bayi ‘terbang’ atas jalan

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15443
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Bayi ‘terbang’ atas jalan  Empty
PostSubject: Bayi ‘terbang’ atas jalan    Bayi ‘terbang’ atas jalan  Icon_minitime8/5/2012, 7:46 pm

Bayi ‘terbang’ atas jalan  Pix_middle
MAUT...bomba mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam kenderaan. Gambar kecil, Ahmad Hakimi.


KUANTAN: “Menggeletar badan saya apabila melihat bayi lelaki itu menangis atas jalan dengan kepalanya berlumuran darah selepas tercampak keluar daripada kereta,” kata Bakhtiar Md Dom, 33, saksi kemalangan maut di Kilometer 205.3, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat Gambang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, Ahmad Hakimi Ahmad Rabudzi, 31, dari Batu Kurau, Pekan, dekat sini, yang memandu Mitsubishi Lancer dan isteri, Siti Rohani Abd Ahalim, 26, meninggal dunia di tempat kejadian akibat patah leher dan cedera di kepala.


Bagaimanapun, anak lelaki mereka, Ahmad Uzair berusia enam bulan yang tercampak keluar daripada kereta terselamat walaupun cedera parah di kepala. Bayi itu dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Katanya, ketika kejadian, dia yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Kuantan mendapati keadaan di laluan itu kelam-kabut sebelum tergamam apabila melihat kereta mangsa ‘terbang’ ke laluan bertentangan.


“Saya berhenti di tepi jalan untuk membantu mengeluarkan kedua-dua mangsa, namun gagal kerana mereka tersepit. Kemudian saya terdengar tangisan bayi tidak jauh dari kenderaan itu.


“Sebaik berpaling ke arah jalan, saya lihat bayi terlentang di atas jalan sambil menangis dalam keadaan kepalanya berlumuran darah,” katanya.

Menurutnya, dia mahu mengalih bayi ke tepi jalan tetapi membatalkan hasrat itu selepas mendapatinya mengalami kecederaan parah di kepala.


“Saya kemudian meminta bantuan orang awam untuk mengangkat bayi itu ke HTAA,” katanya.

Sementara itu, rakan sekerja Siti Rohani dikenali sebagai Yati, 30, berkata, mereka berkonvoi selepas menghadiri majlis perkahwinan rakan setugas di Kerteh, Terengganu, tetapi rakan bersama suaminya bertolak pulang lebih awal.


“Arwah dan suaminya sempat belanja saya makan ikan bakar dan mereka ceria langsung tidak nampak perubahan pelik,” katanya. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, kemalangan berlaku apabila kereta dipandu Ahmad Hakimi terbabas ke kanan jalan dan melanggar besi penghadang di tengah jalan sebelum terhumban ke laluan bertentangan.


“Ahmad Uzair dipangku ibunya tercampak keluar dan terjatuh atas jalan manakala mayat ibu dan ayahnya dikeluarkan sepasukan anggota bomba dan penyelamat,” katanya.


sumber:http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bayi__8216_terbang__8217_atasjalan/Article/index_html
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
siotto
WEBMASTER
siotto

Male
Countries/State : Sabah
Age : 44
location : Kudat - Lahad Datu
Tag ID: : SFC 02605
Points : 15221
Reputation : 7
Number of posts : 3274

Bayi ‘terbang’ atas jalan  Empty
PostSubject: Re: Bayi ‘terbang’ atas jalan    Bayi ‘terbang’ atas jalan  Icon_minitime8/5/2012, 11:00 pm

Aduiiihhh,..sedihnya baca berita ni,..palis2 jauhkan bala.
Back to top Go down
finalazy84
MODERATOR
finalazy84

Male
Countries/State : Sabah
Age : 40
location : Keningau - KK
Tag ID: : SFC 04901
Points : 15408
Reputation : 41
Number of posts : 3863

Bayi ‘terbang’ atas jalan  Empty
PostSubject: Re: Bayi ‘terbang’ atas jalan    Bayi ‘terbang’ atas jalan  Icon_minitime9/5/2012, 7:20 am

airbag pn tdk dpt membntu owh.buli patah tengkuk masih
Back to top Go down
https://www.facebook.com/alfian.karim
madee
MODERATOR
madee

Male
Countries/State : Indonesia
Age : 45
location : KB - Labuan - Tenom
Tag ID: : sFc 04528
Points : 20363
Reputation : 26
Number of posts : 8968

Bayi ‘terbang’ atas jalan  Empty
PostSubject: Re: Bayi ‘terbang’ atas jalan    Bayi ‘terbang’ atas jalan  Icon_minitime9/5/2012, 11:18 am

alalala....sedihnya.......
Back to top Go down
im
MODERATOR
im

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 44
location : |||||TAWAU|||||
Tag ID: : SFC 07691
Points : 16976
Reputation : 75
Number of posts : 5575

Bayi ‘terbang’ atas jalan  Empty
PostSubject: Re: Bayi ‘terbang’ atas jalan    Bayi ‘terbang’ atas jalan  Icon_minitime9/5/2012, 12:29 pm

kesian pula dgn bayi tu...
Back to top Go down
kent1189
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
kent1189

Male
Countries/State : Sarawak
Age : 40
location : miri sarawak
Website : http://www.lowisslow.com
Tag ID: : SFC 18976
Points : 11113
Reputation : 19
Number of posts : 1183

Bayi ‘terbang’ atas jalan  Empty
PostSubject: Re: Bayi ‘terbang’ atas jalan    Bayi ‘terbang’ atas jalan  Icon_minitime9/5/2012, 5:25 pm

Beli lah baby seat dlm kereta, bkan mhal sngt pn,dlm 250 bule dpt ba..keselamatan tu penting.
Back to top Go down
Sponsored content




Bayi ‘terbang’ atas jalan  Empty
PostSubject: Re: Bayi ‘terbang’ atas jalan    Bayi ‘terbang’ atas jalan  Icon_minitime

Back to top Go down
 

Bayi ‘terbang’ atas jalan

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: