Pasangan pengantin bersama ahli keluarga, anggota polis dan komuniti yang turut hadir pada majlis resepsi dan Program Kepolisan Masyarakat.
KERAYONG – Seiring dengan Program Kepolisan Masyarakat, sepasang pengantin kaum Cina mengambil inisiatif mencipta sejarah apabila bersanding *mengikut tradisi Melayu.
Pasangan berkenaan, Tan Siew Peng, 22, dan Yee Wilson, 23, mengakhiri zaman bujang mereka *setelah enam tahun bercinta sejak dari zaman persekolahan lagi.
Menurut Wilson, walaupun tidak selesa berpakaian lengkap berbaju Melayu dan bertanjak tetapi dia seronok apabila meraikan perkahwinan dengan cara begitu.
“Pada awalnya, saya dan isteri terkejut apabila mendengar cadangan ibu mertua. Tetapi, setelah memikirkannya, kami bersetuju.
“Sudah pasti ia menjadi sejarah dalam *perkahwinan kami yang akan dikenang sampai bila-bila,” katanya *ketika ditemui Sinar Harian, semalam.
Sementara itu, Siew Peng berkata, dia tidak *pernah mengimpikan sebuah perkahwinan yang berbeza *daripada tradisi masyarakat Cina.
Katanya, walaupun teruja dengan keadaan itu, namun tetap rasa malu kerana bukan semua *pasangan pengantin berbuat demikian.
“Semasa diarak ke pelamin, saya terlalu malu dan gementar tetapi setiap ahli keluarga memberi sokongan.
“Tetapi apabila berada di pelamin, saya tidak lagi *kekok malah seronok kerana suasananya tidak jauh berbeza dengan tradisi masyarakat Cina,” katanya.
Difahamkan, majlis resepsi kedua turut diadakan pada waktu petang di sebuah restoran bagi meraikan pengantin bersama ahli keluarga dan sahabat dalam kalangan masyarakat Cina pula.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/...melayu-1.48348