SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Panduan Menjaga Brek Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Panduan Menjaga Brek Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Panduan Menjaga Brek

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
madperak
OBSERVER
OBSERVER
madperak

Male
Countries/State : Johor
location : penang 'n' perak
Points : 12875
Reputation : 2
Number of posts : 351

Panduan Menjaga Brek Empty
PostSubject: Panduan Menjaga Brek   Panduan Menjaga Brek Icon_minitime4/11/2007, 8:00 pm

tips penjagaan brek samada disk ataupun drum.



Seperti yang kita tahu, brek sangat penting dalam sebuah kereta.
Tanpanya tak mungkin kita berani memandu kereta tersebut sekiranya kita
mengetahuinya.



.... kepada enjin yang mempunyai "kuasa kuda membrek" atau BHP yang
lebih tinggi (lebih 25 bhp ke atas), pastikan anda memeriksa dan
menilai kembali sistem brek original yang ada pada kereta anda. Jangan
kerana nak jimat, anda abaikan sistem brek anda. Lebih baik sekiranya
semasa anda membeli haftcut kereta anda, beli bersama sistem brek
kereta tersebut dan pasangkan pada kereta anda.



Pernah saya berjumpa dengan kancil yang telah di tukar enjin kepada
Mira L5 tapi sistem breknya masih original. Dan kebetulan semasa keluar
dari bengkel, keadaan kecemasan berlaku dan kereta tersebut tidak dapat
berhenti walaupun pemandu mengatakan dia tekan brek sampai berdiri.



Sistem asas brek terdiri dari disk atau drum, pelapik brek (pad brek),
saluran minyak, pam vacum(objek besar hitam bulat leper betul-betul di
hadapan steering dalam kompamen enjin), tabung minyak enjin, padel brek
(tempat tekan brek). Kesemua peralatan asas yang di atas mestilah
dijaga dengan baik supaya brek berkesan.



Kereta baru. Semasa service pertama, minta mekanik memeriksa kesemua
disk dan drum brek termasuk pelapik brek. Pastikan pelapik brek betul
betul terapung di antara dua angkup dan disk berada di tengah. Untuk
drum, pastikan pelapik brek tidak menyentuh drum atau kesan geseran
yang kelihatan adalah sama rata. Jika tidak rata, minta mekanik periksa
kerana perkara ini akan menjadi masalah bila ia dibiarkan. Kalau dapat
minta mekanik melaraskan pedal brek supaya tidak terlalu 'makan'
mengejut dan sesuai dengan panjang kaki kita. Sekiranya minyak brek
sudah kotor(keruh warnanya), minta mekanik tukar.



Cara penjagaan sistem brek.



1. Setiap sebulan sekali, periksa paras minyak brek kereta anda (botol
minyak depan vacum pam). Pastikan minyak berada diparas antara minimum
dan maksimum. JANGAN SEKALI-KALI MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK BREK
BERADA DI BAWAH PARAS MINIMUM.



2. Setiap 6 bulan semasa kita hendak merotate tayar kereta kita,
periksa pelapik brek. Pastikan lapisan pencengkam masih tebal. Sekira
kita dapati pencengkam 'makan' tidak sama antara kiri dan kanan, minta
mekanik periksa sistem saluran minyak brek atau sistem tekanan brek
kerana kemungkinanatekana yang dikenakan ke atas kedua-dua brek tidak
sama dan ini sangat merbahaya kepada pemanduan terutama membrek semasa
kelajuan tinggi. Perkara yang sama juga perlu dilakukan kepada brek
drum.



3. Sekiranya terdapat kesan lelehan minyak brek (kelihatan cat atau
apa-apa bahan berasal dari petroleum mencair) pada mana-mana bahagian,
minta mekanik memeriksanya. Jangan ambil mudah perkara ini kerana
kebocoran ini mungkin keci tapi akan menjadi besar semasa membrek
kerana tekanan yang dikenakan ke atasnya.



4. Semasa menambah minyak brek, pastikan minyak brek yang betul
spesifikasinya. Dot 3 untuk kegunaan biasa (biasanya kereta yang
mempunyai disk di depan dan drum di belakang) dan Dot 4 untuk kegunaan
berat (untuk kereta yang mempunyai sistem 4 roda disk dan kereta
berkuasa tinggi). Jika tidak pasti tanya mekanik kerana kesilapan
minyak brek boleh menyebabkan keseluruhan sistem brek kita akan
mengalami kerosakan terutama pada seal yang diperbuat daripada getah.



5. Sekiranya terdapat kesan calar pada disk atau pada drum, minta
mekanik menilai samada boleh pakai lagi atau tidak. Jika kita hendak
menukar pelapik brek, saya cadangkan asah kembali disk atau tukar drum
kepada yang lebih baik. Kesan calar ini boleh menjadi penghalang
pelapik brek mencengkam disk atau drum. Hasilnya, brek akan kurang
berkesan.


6. Kerosakan yang selalu berlaku adalah brek 'jam'. Keadaan ini berlaku
kerana pelapik brek tidak kembali terapung apabila kita lepaskan brek
dan terus mencengkam disk. Kerosakan adalah pada angkup yang mengawal
pelapik brek.


7. Untuk kereta auto, pelapik brek hadapan akan lebih cepat haus
daripada belakang (biasanya dua kali ganda cepatnya), pastikan anda
lebih kerap memeriksa pelapik brek hadapan.
Back to top Go down
Nieto
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
Nieto

Male
Countries/State : Sabah
Age : 36
location : Kota Kinabalu
Tag ID: : SFC 01287
Points : 13985
Reputation : 34
Number of posts : 5595

Panduan Menjaga Brek Empty
PostSubject: Re: Panduan Menjaga Brek   Panduan Menjaga Brek Icon_minitime4/11/2007, 8:21 pm

juga sikit advice here, untuk kereta auto, kalo berhenti dalam jangka masa yg lama, seperti di traffic light, masukkan gear N ataupun P ketika berhenti untuk mengurangkan kehausan brek.


untuk yg number 4, sedikit advice sini juga, brake dot 3 juga ada warna putih dan merah, jadi perlu jaga jaga juga jangan mengunakan brake minyak warna yang salah.
Back to top Go down
 

Panduan Menjaga Brek

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: START YOUR ENGINE'S :: TIPS & INFOMATION AUTOMOBILE-
Jump to: