rina01 SUPERIOR
Countries/State : Age : 43 location : melaka Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/ Tag ID: : [B][I][url Points : 15429 Reputation : 31 Number of posts : 1806
| Subject: Duit habis isteri hilang 8/8/2012, 9:52 am | |
| KOTA BHARU: “Saya bertanya kenapa dia sanggup tinggalkan suami begitu saja dan dia jawab, dia tidak mampu lagi menjaga suaminya. Malah, dia suruh kami tunggu saja surat mahkamah (tuntutan cerai).” Itu kata Mat Yakob Salleh, 61, mengenai tindakan kakak iparnya yang tergamak meninggalkan suami, Mahmud Hamid, 63, sejak sembilan bulan lalu selepas pasangan hidupnya itu lumpuh dan tidak dapat bercakap akibat serangan angin ahmar. Menurutnya, akibat tindakan wanita berusia 38 tahun itu, abang tirinya kini dijaga ibu mereka, Siti Liah Tahir, 83, yang sudah tua dan uzur di Kampung Panji, di sini. “Kami terkilan kerana begitu mudahnya dia meninggalkan suami dan mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri,” katanya ketika ditemui. Mat Yakob berkata, Mahmud dan isterinya hidup sebagai suami isteri selama 15 tahun dan kehidupan mereka pada mulanya bahagia dengan dikurniakan tiga anak berusia antara lapan dan 14 tahun. sumber:http://www.hmetro.com.my/articles/Duithabisisterihilang/Article |
|