KUALA LUMPUR - Spekulator mata wang terkenal berketurunan Yahudi, George Soros dipercayai menyimpan dendam terhadap kerajaan Malaysia dan berhasrat menghancurkan negara ini.
Pesiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali mendedahkan, Soros menganggap negara ini sebagai musuh selepas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menggelarnya penyangak mata wang ketika krisis ekonomi melanda Asia Tenggara pada tahun 1997 dan 1998.
Disebabkan itu, Soros didakwa mempunyai agenda jahat dengan menggunakan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) untuk menjatuhkan negara ini.
"Sejak zaman Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri lagi, dia (Soros) menyimpan dendam terhadap negara ini kerana menuduhnya sebagai pencetus krisis ekonomi.
"Bagi Soros, kalau Malaysia jatuh, Tun Mahathir dan kerajaan yang memerintah ketika ini akan turut jatuh," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0911&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm