SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Peminta sedekah kembali aktif, semakin berani Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Peminta sedekah kembali aktif, semakin berani Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Peminta sedekah kembali aktif, semakin berani

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15443
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Peminta sedekah kembali aktif, semakin berani Empty
PostSubject: Peminta sedekah kembali aktif, semakin berani   Peminta sedekah kembali aktif, semakin berani Icon_minitime30/9/2012, 11:25 pm

Peminta sedekah kembali aktif, semakin berani Image

KEPALA BATAS - Kegiatan mengeksploitasi kanak-kanak dan orang tua untuk tujuan meminta sedekah dengan berselindung di sebalik nama institusi atau rumah anak yatim dikesan kembali aktif di daerah ini.

Lebih berani, kini aktiviti mereka dilihat tidak lagi berselindung, sebaliknya dijalankan secara terang-terangan di premis perniagaan yang menjadi tumpuan orang ramai, terutamanya di hadapan pintu beberapa bank di sini.

Modus operandinya mudah, seorang lelaki berkopiah putih duduk di kerusi dan di hadapannya terdapat tong untuk memudahkan orang ramai memasukkan duit.

Bagi meraih simpati orang ramai, tong itu dipenuhi pelbagai gambar beberapa masjid yang kononnya terbengkalai dan memerlukan dana untuk tambahan menyiapkannya.

Seorang penjawat awam, Muhamad Khairi Muhamad Nawi, 49, yang sering berurusan di sebuah bank di sini berkata, sepatutnya pihak bank tidak membenarkan kegiatan seumpama itu dijalankan di hadapan premis mereka.

“Ia bukan sahaja mengganggu pelanggan keluar masuk untuk berurusan, tetapi memberi pandangan negatif kepada bangsa lain kerana rata-rata peminta sedekah ini terdiri daripada kaum kita.

“Jika ejen jualan tidak dibenarkan mengganggu pelanggan, kenapa peminta sedekah tidak dilarang menghentikan kegiatan mereka di premis terbabit,” tanyanya.

Bagi peniaga buah-buahan di sebuah gerai di sini, Mahmud Mahat, 35, berkata, kegiatan golongan ini yang menjalankan aktiviti di premis terbabit mengundang pertanyaan ramai pihak.

“Sebelum ini kegiatan itu dikesan sudah dihentikan apabila pihak berkuasa membuat pemantauan, tetapi kembali aktif seperti biasa sejak seminggu lalu.

“Sepatutnya pemantauan berterusan diadakan dalam usaha menghentikannya kerana kita dapati kegiatan ini bukan untuk kepentingan ramai tetapi lebih kepada penipuan,” katanya.

Menurutnya, orang ramai juga meragui surat kebenaran yang dipamerkan yang kononnya dikeluarkan pihak tertentu kerana mereka tidak dapat menjelaskan dengan lengkap dan cuba mengelak apabila diajak berbual mengenainya.

Sebelum ini beberapa premis perniagaan di kawasan ini menjadi lokasi segelintir pelajar pusat tahfiz beralamat di Kuala Kedah dikesan meraih simpati meminta orang ramai menderma bagi membiayai pembinaan sekolah mereka.

Malah, kegiatan mereka yang turut menjual cakera padat (CD), madu, buku agama serta barangan lain pada waktu persekolahan sepanjang hari menimbulkan kemusykilan kepada orang ramai.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/peminta-sedekah-kembali-aktif-semakin-berani-1.89989
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
mooncyrus
FRESHIE
FRESHIE
mooncyrus

Female
Countries/State : Melaka
Age : 34
location : keling
Points : 8899
Reputation : 1
Number of posts : 19

Peminta sedekah kembali aktif, semakin berani Empty
PostSubject: Re: Peminta sedekah kembali aktif, semakin berani   Peminta sedekah kembali aktif, semakin berani Icon_minitime15/10/2012, 9:17 am

Nak minta sedekah tu biarlah ikut jalan yang betul, bukannya duduk di depan bank..tau2 ja orang yang keluar masuk bank tu banyak duit..sampai sanggup duduk sepanjang hari di situ..
Back to top Go down
 

Peminta sedekah kembali aktif, semakin berani

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: