SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Promo foto, FB mahu anda bayar fi Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Promo foto, FB mahu anda bayar fi Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Promo foto, FB mahu anda bayar fi

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15321
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Promo foto, FB mahu anda bayar fi Empty
PostSubject: Promo foto, FB mahu anda bayar fi   Promo foto, FB mahu anda bayar fi Icon_minitime4/10/2012, 11:42 pm

Promo foto, FB mahu anda bayar fi Image
Komponen Promote yang sedang diuji Facebook bagi membolehkan pengguna membayar ke atas foto atau pengumuman pada 'newsfeed' rakan-rakan mereka.

NEW YORK - Lebih lima bulan selepas disenaraikan, Facebook Incorporation mengumumkan langkah mengenakan fi ke atas penggunanya yang mahu mempromosikan foto atau pengumuman masing-masing menerusi laman sosial.

Facebook mengambil langkah itu untuk menambah pendapatannya.

Komponen baru yang dikenali "Promote" diumumkan semalam.

Ia diperkenalkan kepada sekumpulan kecil pengguna Facebook di Amerika Syarikat (AS).

Berdasarkan laporan semalam, Facebook telah membuat kajian ke atas sebilangan pengguna terhad laman sosial berkenaan dengan menawarkan ciri aplikasi baru bagi memastikan komen atau gambar yang dikongsi bersama ahli Facebook mengeluarkan fi pada 'newsfeed' rakan-rakan mereka.

“Apabila anda mempromosikan sesuatu pada laman sosial anda, sama ada gambar perkahwinan, jualan garaj atau berita yang besar, ia akan terletak dalam news feed teratas supaya rakan-rakan dan pelanggan anda menyedarinya,” umum Facebook menerusi blog rasminya.

Difahamkan Facebook juga sedang mempertimbangkan fi yang setimpal bagi kemudahan aplikasi berkenaan.

Menurut jurucakap laman berkenaan, harga ujian yang dikenakan ke atas pengguna mereka di AS ialah AS$7 (RM21).

Ia adalah usaha terbaru Facebook untuk bereksperimen dengan cara-cara baru untuk menambah pendapat selain menyediakan ruang iklan yang menyumbang kira-kira 84 peratus perolehan syarikat dalam suku kedua tahun ini.

Facebook juga memperoleh 30 peratus daripada pembelian barang-barang maya oleh pengguna yang bermain Farmville Zynga (ZNGA.O) dan permainan maya lain di laman sosial terbabit.

Ekoran penurun perolehan yang mendadak pada sukuterkahir tahun ini, banyak pelabur dan penganalisis percaya, Facebook perlu mencari cara baru untuk menambah pendapatan.

Minggu lepas, Facebook mengumumkan ciri-ciri yang boleh digunakan pengguna AS untuk membeli dan menghantar hadiah sebenar seperti cermin mata, pastry dan kad-kad hadiah kepada rakan mereka.

Meskipun setakat ini hanya pengguna terhad sahaja yang mempunyai akses kepada aplikasi berkenaan, Facebook Gifts memberikan isyarat syarikat berkenaan akan memainkan peranan yang lebih besar dalam e-dagang.

Facebook satu-satunya laman sosial yang mempunyai 955,000,000 pengguna yang akan kekal percuma, kata juru cakapnya, Jonathan Thaw.



sumber:http://infoisusemasa.blogspot.com/2012/10/promo-foto-fb-mahu-anda-bayar-fi.html
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
madee
MODERATOR
madee

Male
Countries/State : Indonesia
Age : 45
location : KB - Labuan - Tenom
Tag ID: : sFc 04528
Points : 20241
Reputation : 26
Number of posts : 8968

Promo foto, FB mahu anda bayar fi Empty
PostSubject: Re: Promo foto, FB mahu anda bayar fi   Promo foto, FB mahu anda bayar fi Icon_minitime5/10/2012, 9:18 am

ptt la klau up gmbr ada promote dkt bawah pic tu....
Back to top Go down
Ms. Loli
FRESHIE
FRESHIE
Ms. Loli

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 31
location : Kuala Lumpur
Points : 8820
Reputation : 1
Number of posts : 50

Promo foto, FB mahu anda bayar fi Empty
PostSubject: Re: Promo foto, FB mahu anda bayar fi   Promo foto, FB mahu anda bayar fi Icon_minitime11/10/2012, 5:34 pm

Ingatkan button promote tu untuk ape? Untunglah facebook lepas ni..
Back to top Go down
madee
MODERATOR
madee

Male
Countries/State : Indonesia
Age : 45
location : KB - Labuan - Tenom
Tag ID: : sFc 04528
Points : 20241
Reputation : 26
Number of posts : 8968

Promo foto, FB mahu anda bayar fi Empty
PostSubject: Re: Promo foto, FB mahu anda bayar fi   Promo foto, FB mahu anda bayar fi Icon_minitime12/10/2012, 11:06 am

betmbh2 la keuntungan nya..... dancing
Back to top Go down
Sponsored content




Promo foto, FB mahu anda bayar fi Empty
PostSubject: Re: Promo foto, FB mahu anda bayar fi   Promo foto, FB mahu anda bayar fi Icon_minitime

Back to top Go down
 

Promo foto, FB mahu anda bayar fi

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: