| BR1M: Daftar mulai 1 Nov, penerima lama tak perlu mohon | |
|
Author | Message |
---|
rina01 SUPERIOR
Countries/State : Age : 43 location : melaka Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/ Tag ID: : [B][I][url Points : 15445 Reputation : 31 Number of posts : 1806
| Subject: BR1M: Daftar mulai 1 Nov, penerima lama tak perlu mohon 8/10/2012, 8:12 pm | |
| PUTRAJAYA - Kementerian Kewangan akan membuat pemeriksaan dan semakan dengan agensi berkaitan bagi memastikan pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 adalah yang benar-benar layak menerima bantuan di bawah skim itu. Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata bagi pemohon baharu, mereka perlu mengisi borang pendaftaran permohonan yang disediakan di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pejabat daerah serta pejabat pembangunan persekutuan. Kementerian akan melakukan semakan dengan agensi berkaitan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, LHDN dan sebagainya, katanya pada sidang media, di sini hari ini. Beliau berkata pendaftaran bermula 1 Nov ini, dan hanya dua kategori pemohon perlu mengisi borang iaitu orang bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan kurang RM2,000 (kecuali pelajar institusi pengajian tinggi) dan mereka yang tercicir daripada senarai BR1M yang lepas. Bagi penerima BR1M yang lalu, mereka tidak perlu lagi memohon kerana akan layak secara automatik menerima BR1M 2.0 yang dijangka diagih awal tahun depan, katanya. "Namun kami tetap buat pemeriksaan, mungkin ada yang perlu pengubahsuaian, mungkin ada kes-kes penerima BR1M tahun ini yang dah meninggal dunia. Kalau ketua keluarga dah meninggal, isteri masih boleh ambil (BR1M 2.0)," katanya. Pada pembentangan Belanjawan 2013 baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan mengumumkan pelaksanaan BR1M 2.0 sebagai susulan kepada BR1M tahun ini, dan turut dipanjangkan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, yang melayakkan mereka menerima bantuan RM250. BR1M tahun ini menyaksikan kerajaan persekutuan memberi bantuan RM500 kepada setiap isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah, yang dimanfaatkan oleh 4.2 juta isi rumah membabitkan peruntukan kira-kira RM2.2 bilion, manakala BR1M 2.0 membabitkan peruntukan RM3 bilion dengan tambahan penerima kira-kira 2.7 juta individu bujang. Husni berkata bagi pelajar institusi pengajian tinggi, mereka akan menerima Baucar Buku 1Malaysia bernilai RM250 berbanding RM200 pada pemberian tahun ini. Bagi yang tercicir daripada senarai BR1M tahun ini, beliau memberi contoh mereka mungkin terdiri daripada kumpulan yang lambat menghantar borang, atau mungkin maklumat mengenai BR1M tidak sampai kepada mereka, atau mungkin baru tergolong dalam kategori warga emas (60 tahun) sebatang kara. Ahmad Husni berkata selain borang yang disediakan di pejabat berkenaan, permohonan juga boleh dibuat dalam talian. - Bernama sumber:http://infoisusemasa.blogspot.com/2012/10/br1m-daftar-mulai-1-nov-penerima-lama.html |
|
| |
Abang Long Ary FRESHIE
Countries/State : Age : 35 location : Tawau Points : 8897 Reputation : 1 Number of posts : 27
| Subject: Re: BR1M: Daftar mulai 1 Nov, penerima lama tak perlu mohon 8/10/2012, 11:48 pm | |
| |
|
| |
madee MODERATOR
Countries/State : Age : 45 location : KB - Labuan - Tenom Tag ID: : sFc 04528 Points : 20365 Reputation : 26 Number of posts : 8968
| Subject: Re: BR1M: Daftar mulai 1 Nov, penerima lama tak perlu mohon 9/10/2012, 11:10 am | |
| syukur la bantuan ne di tambah lagi utk individu bujang... |
|
| |
Abang Long Ary FRESHIE
Countries/State : Age : 35 location : Tawau Points : 8897 Reputation : 1 Number of posts : 27
| Subject: Re: BR1M: Daftar mulai 1 Nov, penerima lama tak perlu mohon 9/10/2012, 12:27 pm | |
| Walaupun hakikat ya kita terpaksa tanggung kenaikkan harga gula dan minyak Ron97.Tp syukurlah...dapat tu..dapat ni...negara lain ada tak kerajaan diorg nak bg? Hahaha... |
|
| |
madee MODERATOR
Countries/State : Age : 45 location : KB - Labuan - Tenom Tag ID: : sFc 04528 Points : 20365 Reputation : 26 Number of posts : 8968
| Subject: Re: BR1M: Daftar mulai 1 Nov, penerima lama tak perlu mohon 10/10/2012, 10:34 am | |
| btl tu,...semua ne sdh kena kaji sblm dibentangkan,... |
|
| |
Abang Long Ary FRESHIE
Countries/State : Age : 35 location : Tawau Points : 8897 Reputation : 1 Number of posts : 27
| Subject: Re: BR1M: Daftar mulai 1 Nov, penerima lama tak perlu mohon 10/10/2012, 12:34 pm | |
| Betul...sabar jak la...asal negara x darurat,sudahh....kurang2 pun,kita skang hidup senang...walaupun banyak perlu dtempuhi... |
|
| |
fuumin CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 39 location : Lahad Datu, Sabah Tag ID: : SFC3259 Points : 13017 Reputation : 7 Number of posts : 1048
| Subject: Re: BR1M: Daftar mulai 1 Nov, penerima lama tak perlu mohon 16/10/2012, 8:55 pm | |
| senang jg tu kerajaan dpt blk apa yg telah diberi kepada rakyat...
cukai pendapatan ,rm50 tiap thn utk principle cre crd rm25 utk supplementary ,astro ,kfc ,mcd ,piza hut ,sabah chicken rice haha ,aiyo klu mau kasi senarai agak pjg jg..senang ckp peronda ,jpj ,trafik akan kerap bg saman..2x saman da cover blk apa yg kerajaan bagi hehe
|
|
| |
finalazy84 MODERATOR
Countries/State : Age : 40 location : Keningau - KK Tag ID: : SFC 04901 Points : 15410 Reputation : 41 Number of posts : 3863
| Subject: Re: BR1M: Daftar mulai 1 Nov, penerima lama tak perlu mohon 16/10/2012, 9:14 pm | |
| itu saman tu tdk dpt komen la...bis klau bukn dari pengguna tdk juga kena saman kan?hehe
tpi psal astro, CC, KFC dan lain2 tu, actly tu tax kepada syarikat dorg.tpi dorg mau lari tax...jadi kasi kena sama kita...sangat tidak adil.sa rsa paling untung tax rokok la...hehe |
|
| |
fuumin CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 39 location : Lahad Datu, Sabah Tag ID: : SFC3259 Points : 13017 Reputation : 7 Number of posts : 1048
| Subject: Re: BR1M: Daftar mulai 1 Nov, penerima lama tak perlu mohon 17/10/2012, 7:29 am | |
| sikit masa dulu mau topup pun kena tax ,nasib baik x jadi hehe..
x pasti BR1M 2.0 ni cross check macam mna tp harap2 aku pun dpt lg thn ni hehehe |
|
| |
finalazy84 MODERATOR
Countries/State : Age : 40 location : Keningau - KK Tag ID: : SFC 04901 Points : 15410 Reputation : 41 Number of posts : 3863
| Subject: Re: BR1M: Daftar mulai 1 Nov, penerima lama tak perlu mohon 17/10/2012, 10:30 am | |
| klau last time dpt, memang dpt juga tu tahun ni...hehe |
|
| |
madee MODERATOR
Countries/State : Age : 45 location : KB - Labuan - Tenom Tag ID: : sFc 04528 Points : 20365 Reputation : 26 Number of posts : 8968
| Subject: Re: BR1M: Daftar mulai 1 Nov, penerima lama tak perlu mohon 17/10/2012, 11:24 am | |
| mana2 yg dpt tahun lps thn ne dpt jga tu,..cuma penambahan kpd urg bujangan ja dpt jga dlm rm250.00 |
|
| |
fuumin CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 39 location : Lahad Datu, Sabah Tag ID: : SFC3259 Points : 13017 Reputation : 7 Number of posts : 1048
| Subject: Re: BR1M: Daftar mulai 1 Nov, penerima lama tak perlu mohon 17/10/2012, 11:26 am | |
| syukur la klu dpt hehe..mau pakai smart2 la ni naik pentas terima sampul hehehe |
|
| |
fuumin CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 39 location : Lahad Datu, Sabah Tag ID: : SFC3259 Points : 13017 Reputation : 7 Number of posts : 1048
| Subject: Re: BR1M: Daftar mulai 1 Nov, penerima lama tak perlu mohon 17/10/2012, 11:31 am | |
| Kementerian akan melakukan semakan dengan agensi berkaitan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, LHDN dan sebagainya, katanya pada sidang media, di sini hari ini.
merujuk ni statement, klu dibuat semakan utk yg da dpt bantuan yg lepas...x pass sda aku hmm
apa2 pun hanya tunggu & lihat.. |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: BR1M: Daftar mulai 1 Nov, penerima lama tak perlu mohon | |
| |
|
| |
| BR1M: Daftar mulai 1 Nov, penerima lama tak perlu mohon | |
|