SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Maut cuba selamat isteri Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Maut cuba selamat isteri Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Maut cuba selamat isteri

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15445
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Maut cuba selamat isteri Empty
PostSubject: Maut cuba selamat isteri   Maut cuba selamat isteri Icon_minitime4/11/2012, 3:26 pm

Maut cuba selamat isteri Image
Anggota unit forensik polis sedang memeriksa cermin tingkap rumah mangsa

BENTONG – Sepasang suami isteri yang sedang lena tidur dikejutkan dengan kehadiran seorang penyamun bertopeng bersenjatakan senapang patah dalam kejadian di kuarters Pejabat Hutan Bentong, Jalan Tras, kira-kira jam 4.40 pagi semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa, Khairul Hazri Jamaludin, 31, yang merupakan kakitangan Pejabat Perhutanan Daerah Bentong, meninggal dunia akibat cedera parah selepas cuba menyelamatkan isterinya, 28, daripada diancam penyamun terbabit.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Abdul Aziz Salleh berkata, suspek dipercayai masuk ke dalam rumah mangsa menggunakan tingkap bahagian dapur yang sudah dipotong dan ditanggalkan cerminnya.

Menurutnya, kehadiran suspek mengejutkan tidur pasangan suami isteri itu menyebabkan mangsa cuba melawan.

“Suspek kemudiannya bertindak menghentak bahagian kepala, leher dan perut mangsa menggunakan senapang patah yang dibawanya.

“Manakala isteri mangsa cuba membantu namun turut dihentak menggunakan senapang patah di bahagian kepala dan dalam masa sama, mangsa turut cuba menyelamatkan isterinya,” katanya kepada Sinar Harian.

Abdul Aziz berkata, penyamun itu kemudiannya bertindak mengambil barangan berharga milik mangsa dan isterinya.

Menurutnya, selepas itu suspek melarikan diri dan isteri mangsa kemudiannya berlari keluar rumah untuk meminta tolong.

“Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Bentong untuk menerima rawatan, namun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 7 pagi.

“Sementara itu, isteri mangsa dibawa menjalani rawatan lanjut di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) kerana dipercayai turut dirogol dalam kejadian tersebut,” katanya.

Abdul Aziz berkata, polis menyiasat kes itu di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Terkejut terima berita

Sementara itu rakan serumah mangsa, Aimin Hazli, 38, berkata, kali terakhir dia bertemu rakannya yang lebih mesra dengan panggilan ‘Tok’ itu pada malam Khamis lalu sebelum pulang ke Shah Alam.

Menurutnya, dia terkejut menerima panggilan telefon pagi semalam memaklumkan kejadian yang berlaku.

“Kebiasaannya, saya dan Tok jarang berada di rumah pada hujung minggu kerana pulang ke rumah keluarga masing-masing.

“Tok ada menyatakan dia tidak pulang ke Temerloh minggu ini kerana ingin ke Kuala Lumpur menghadiri kenduri kahwin dan isterinya turut datang ke sini,” katanya kepada Sinar Harian.

Aimin berkata, dia benar-benar terkejut dengan kejadian itu dan menyifatkan Tok sebagai seorang rakan yang baik kerana sepanjang lapan bulan menjadi rakan serumah mereka begitu rapat.
Kakak rasa tidak sedap hati

Kakak mangsa, Rosnah Jamaludin, 55, berkata sejak tiga hari lalu, dia berasa tidak sedap hati dan tidak menyangka perkara buruk menimpa adik bongsunya itu.

Menurutnya, kali terakhir mereka bertemu pada sambutan hari raya puasa yang lalu.

“Saya tidak dapat menggambarkan perasaan ketika menerima panggilan telefon memaklumkan perkara itu.

“Kami sekeluarga bergegas dari Petaling Jaya ke Hospital Bentong sejurus mendapat maklumat,” katanya.

Rosnah berkata, jenazah adiknya itu akan dibawa pulang ke Kampung Padang Tenggala, Temerloh untuk dikebumikan selepas semua urusan selesai.

Turut hadir melawat keluarga mangsa ialah Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Pengarah Perhutanan Negeri, Datuk Mohd Paiz Kamaruzaman dan Adun Bilut, Datuk Hoh Khai Mun.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/maut-cuba-selamat-isteri-1.100564
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Maut cuba selamat isteri

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: