|
| PTPTN kekal, pengajian percuma belum sedia | |
| Author | Message |
---|
rina01 SUPERIOR
Countries/State : Age : 43 location : melaka Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/ Tag ID: : [B][I][url Points : 15443 Reputation : 31 Number of posts : 1806
| Subject: PTPTN kekal, pengajian percuma belum sedia 17/10/2012, 1:47 pm | |
| KUALA LUMPUR - Kerajaan belum bersedia untuk memberi pengajian tinggi secara percuma kerana bimbang terpaksa mengenakan bebanan cukai yang tinggi terhadap rakyat di negara ini, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata, pelaksanaan pengajian tinggi percuma akan melibatkan implikasi yang memerlukan pertimbangan rasional agar tindakan itu tidak menjejas hala tuju negara dalam mencapai status negara maju menjelang 2020.
Selain itu, katanya, pengajian tinggi percuma tidak boleh dilaksanakan ke atas institut pengajian tinggi swasta (IPTS) kerana ia merupakan entiti perniagaan yang berasaskan keuntungan.
"Situasi ini akan menyebabkan tumpuan masyarakat beralih kepada institut pengajian tinggi awam (IPTA) manakala kualiti pengajian tinggi negara juga akan jatuh kerana faktor percuma menghilangkan nilai sebenar ilmu dan sikap kebertanggungjawaban pelajar," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 peringkat dasar bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.
Khaled berkata, pengajian tinggi adalah bersifat pilihan apabila individu boleh memilih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, yang merupakan satu pelaburan bagi meningkatkan keupayaan seseorang untuk bersaing merebut peluang kerjaya serta pendapatan lebih baik.
Justeru, beliau berkata, adalah wajar individu membiayai sebahagian pelaburan itu daripada ditanggung sepenuhnya oleh pembayar cukai (orang awam).
"Pembangkang telah memberi isyarat yang salah dari segi harga pendidikan menyebabkan 'over-education' kerana pengguna membuat keputusan yang tidak betul dari segi pelaburan pendidikan," katanya.
Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata, hujah pembangkang bahawa Turki memberi pendidikan percuma adalah tidak tepat, sebaliknya negara itu turut mengenakan yuran pengajian di peringkat tertiari serta pasca siswazah, dan keadaan tersebut sama seperti Malaysia.
Beliau berkata, Turki hanya menawarkan pendidikan percuma di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah serta sekolah tinggi dari gred 1 hingga 12 (dari umur 6-18 tahun) dan keadaan ini sama dengan Malaysia, yang turut memberi pendidikan percuma di peringkat sekolah rendah dan menengah dari darjah 1 hingga tingkatan 6 atas.
"Sebahagian besar pelajar Turki terpaksa memohon pinjaman menerusi Higher Education Credit and Dormitories Institution, yang ditubuhkan pada 1961, dan kadar faedah yang dikenakan adalah berdasarkan Indeks Harga Pengguna (CPI) mengikut kadar inflasi semasa.
"Kadar purata CPI untuk 2010 ialah 8.58 peratus dan 2011 ialah 6.46 peratus. Kadar faedah tambahan sebanyak 2.5 peratus daripada kadar asas CPI akan dikenakan kepada pelajar yang gagal membuat bayaran dalam tempoh yang ditetapkan," katanya.
Sementara itu, Khaled menyifatkan cadangan pembangkang untuk memberi pendidikan percuma dan menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai janji populis tanpa mengkaji implikasinya.
Beliau berkata, langkah memansuhkan PTPTN sebenarnya akan memberi kesan yang amat besar kepada pelajar dan negara kerana ia akan mengehadkan akses kepada pengajian tinggi di kalangan pelajar selain menyebabkan ketiadaan sumber untuk membiayai yuran pengajian pelajar IPTS.
Tanpa PTPTN, katanya, tiada sumber lain untuk membiayai kos sara hidup pelajar selain merencatkan usaha merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia sebagai pusat pengajian tinggi menjelang 2020.
"Oleh itu, kerajaan akan mengekalkan pembiayaan PTPTN," katanya. - Bernama
sumber:http://www.sinarharian.com.my/nasion...-sedia-1.95275 |
| | | fuumin CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 39 location : Lahad Datu, Sabah Tag ID: : SFC3259 Points : 13015 Reputation : 7 Number of posts : 1048
| Subject: Re: PTPTN kekal, pengajian percuma belum sedia 17/10/2012, 3:53 pm | |
| Kerajaan belum bersedia untuk memberi pengajian tinggi secara percuma kerana bimbang terpaksa mengenakan bebanan cukai yang tinggi terhadap rakyat di negara ini
setuju dgn ni statement |
| | | im MODERATOR
Countries/State : Age : 44 location : |||||TAWAU||||| Tag ID: : SFC 07691 Points : 16976 Reputation : 75 Number of posts : 5575
| Subject: Re: PTPTN kekal, pengajian percuma belum sedia 17/10/2012, 10:16 pm | |
| klu sdh pengajian 'free', xpayahla maw bsusah payah belajar lg...sbb 'free' kan...huhuhu...masuk jak mn2 institusi, free punya...
|
| | | fuumin CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 39 location : Lahad Datu, Sabah Tag ID: : SFC3259 Points : 13015 Reputation : 7 Number of posts : 1048
| Subject: Re: PTPTN kekal, pengajian percuma belum sedia 18/10/2012, 4:29 pm | |
| kualiti graduan pasti merosot sbb biasa la benda "free" jarang dihargai..maaf kpd yg bkn dlm golongan ni tapi aku pecaya yg trmasuk dlm golongan ni pasti lbh ramai hehehe |
| | | dzeta88 SUPERIOR
Countries/State : Age : 36 location : lahad datu Tag ID: : SFC 05696 Points : 14163 Reputation : 11 Number of posts : 2716
| Subject: Re: PTPTN kekal, pengajian percuma belum sedia 20/10/2012, 6:02 pm | |
| itu adalah cara pemikiran yg ke belakang.. sepatutnya dah d beri pengajian free orang ramai lebih menghargai.. pernah ka kita terfikir kalau kita orang miskin dah di beri pinjaman oleh ptptn pas jak keluar kita tetap akan bayar, tak tau berapa tahun la kita bekerja nak bayar ptptn tu.. sampai bila kita dapat kumpul duit?? harga barang semuanya naik.. minyak pun naik.. berapa ringgit jak la kita dapat kumpul.. sepatutnya bersyukurlah ada bakal pemimpin yg ingin mansuhkan ptptn ni.. kalau orang kaya tu dia tak kisah la.. berapa bayaran pun dia sanggup.. tp orang yg sebaliknya?? kesian kan.. skrg kita perlu fikirkan masa depan kita dan anak cucu kita.. nak senang masa skrg, undi la yg skrg ni.. duit sentiasa d beri, bantuan ada, apa yg kamu mau apply jk la.. simpanan diri sndiri kena cari kerja lebih la..kalau nak masa depan yg terjamin, harga barang turun, harga kereta turun, kwsp untuk istri ada n mcm2 lagi yg bley anak cucu kta rasa.. pilih la parti yg bley memerintah dengan baik.. |
| | | im MODERATOR
Countries/State : Age : 44 location : |||||TAWAU||||| Tag ID: : SFC 07691 Points : 16976 Reputation : 75 Number of posts : 5575
| Subject: Re: PTPTN kekal, pengajian percuma belum sedia 16/11/2012, 6:39 am | |
| - dzeta88 wrote:
- itu adalah cara pemikiran yg ke belakang.. sepatutnya dah d beri pengajian free orang ramai lebih menghargai.. pernah ka kita terfikir kalau kita orang miskin dah di beri pinjaman oleh ptptn pas jak keluar kita tetap akan bayar, tak tau berapa tahun la kita bekerja nak bayar ptptn tu.. sampai bila kita dapat kumpul duit?? harga barang semuanya naik.. minyak pun naik.. berapa ringgit jak la kita dapat kumpul.. sepatutnya bersyukurlah ada bakal pemimpin yg ingin mansuhkan ptptn ni.. kalau orang kaya tu dia tak kisah la.. berapa bayaran pun dia sanggup.. tp orang yg sebaliknya?? kesian kan.. skrg kita perlu fikirkan masa depan kita dan anak cucu kita.. nak senang masa skrg, undi la yg skrg ni.. duit sentiasa d beri, bantuan ada, apa yg kamu mau apply jk la.. simpanan diri sndiri kena cari kerja lebih la..kalau nak masa depan yg terjamin, harga barang turun, harga kereta turun, kwsp untuk istri ada n mcm2 lagi yg bley anak cucu kta rasa.. pilih la parti yg bley memerintah dengan baik..
oppps, ujung cerita ni lain macam sj bunyinya...pilih parti yg bole memerintah dgn baik??? klu turunkan faedah, itu lebih bgs...klu free, kualiti graduan rendah, macam mn masa depan mereka nanti...??? |
| | | finalazy84 MODERATOR
Countries/State : Age : 40 location : Keningau - KK Tag ID: : SFC 04901 Points : 15408 Reputation : 41 Number of posts : 3863
| Subject: Re: PTPTN kekal, pengajian percuma belum sedia 16/11/2012, 8:27 am | |
| macam rmai juga yg kna ksi jdi biasiswa ptptn pelajar yg baik.sa rsa ni la yg terbaik.sbb pelajar yg berkeputusan baik ptptn jadi biasiswa.siapa yg kurang baik kena la byar balik.jdi pelajar dri kluarga yg kurang berpendapatan perlu la kerja keras klau tdk mau byar balik ptptn. |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: PTPTN kekal, pengajian percuma belum sedia | |
| |
| | | | PTPTN kekal, pengajian percuma belum sedia | |
|
Page 1 of 1 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| Main view | Apa Yang Anda Mahu?
Mahu Bincang Tentang?
Aktiviti Kelab Sioloon?
Mencari Yang Menarik?
|
|