SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Gaji dalam akaun lesap Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Gaji dalam akaun lesap Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Gaji dalam akaun lesap

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15445
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Gaji dalam akaun lesap Empty
PostSubject: Gaji dalam akaun lesap   Gaji dalam akaun lesap Icon_minitime27/11/2012, 9:38 pm

Gaji dalam akaun lesap Image
Yat Kong (kiri) dan Razmah menunjukkan laporan polis selepas wang mereka dipercayai lesap dalam akaun bank isterinya.

ROMPIN – Hancur luluh perasaan sepasang suami isteri apabila mengenangkan gaji bulanan suami yang akan digunakan bagi perbelanjaan persekolahan anak dan barangan keperluan dapur tiba-tiba lesap.

Pasangan itu, Lam Yat Kong, 44, dan isterinya, Razmah Abdul Rahman, 44, terkejut apabila mendapati gaji yang diperoleh suami sebanyak RM1,251.05 yang dimasukkan ke dalam akaun isterinya di sebuah bank di Muadzam Shah ghaib.

Razmah berkata, dia tidak menyangka wang diperoleh suami yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta hangus begitu sahaja, apatah lagi mereka terpaksa menanggung dua anaknya yang masih bersekolah.

“Setiap kali mengenangkan wang itu, pastinya saya akan menangis sendirian kerana bukan mudah untuk mendapatkan wang apatah lagi suami terpaksa bekerja keras bagi menyara kami sekeluarga,” katanya.

Razmah berkata, pada mulanya, dia menyangka wang gaji suaminya belum dimasukkan majikan, namun selepas membuat laporan di bank, dia terkejut apabila ada pihak lain mengeluarkan wang tersebut.

“Pihak bank memberitahu gaji suami sudah dimasukkan ke dalam akaun saya, namun ada pihak lain yang dipercayai sudah mengeluarkan keseluruhan wang tersebut,” katanya.

Menurutnya, dia sungguh kesal kerana wang itu akan digunakannya sebagai perbelanjaan dalam tempoh sebulan hingga menyebabkan dia dan suami hilang arah selain terpaksa meminjam daripada rakan yang lain.

“Saya sungguh kesal dengan kejadian ini, malah terkejut kerana wang saya boleh lesap secara tiba-tiba, apatah lagi wang itu disimpan dalam akaun sebuah bank,” katanya.

Menurutnya, dia juga mengakui tidak membuat pendaftaran perbankan Internet selain tidak pernah membuat transaksi pindahan kepada mana-mana pihak ketiga.

“Apa yang mengecewakan kami, wang itu lebur begitu sahaja, sebaliknya pihak bank pula seolah-olah tidak mahu bertanggungjawab ke atas kehilangan wang tersebut,” katanya.

Katanya, bimbang keselamatan wangnya itu, dia mengambil keputusan untuk membuat laporan di Balai Polis Bukit Ibam bagi tujuan tindakan susulan



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/gaji-dalam-akaun-lesap-1.107510
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Gaji dalam akaun lesap

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: