SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Terkejut bapa jerit ‘gol’, anak terjirus air panas Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Terkejut bapa jerit ‘gol’, anak terjirus air panas Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Terkejut bapa jerit ‘gol’, anak terjirus air panas

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15443
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Terkejut bapa jerit ‘gol’, anak terjirus air panas Empty
PostSubject: Terkejut bapa jerit ‘gol’, anak terjirus air panas   Terkejut bapa jerit ‘gol’, anak terjirus air panas Icon_minitime6/12/2012, 6:29 pm

Terkejut bapa jerit ‘gol’, anak terjirus air panas Image

“Adik nak masak Maggi tapi adik terperanjat bila ayah jerit kuat sangat, terus cerek tu terlepas,” tuturnya dalam nada suara perlahan.

“Ohh, farhan terperanjat la ni. Acik dah agak dah, mesti Farhan terperanjat,” demikian balas penulis.

“Farhan nak makan apa hari ni. Biar Acik belanja,” tanya penulis lagi padanya.

“Tak apa, tadi ada orang bagi makanan dah,” katanya lagi.

“Tu lauk hospital, kut-kut la kalau Farhan nak makan burger ke,” aju penulis lagi sambil memandang seraut wajah bersihnya.

“Adik nak makan nasi lauk ayam,” bibir mungilnya bersuara lagi.

Serentak itu, ibunya, Norrabaiyah Ibrahim, 43, terus bangun dan mengambil nasi diberikan pihak hospital. Kebetulan makanan dipilihnya adalah mi goreng yang kelihatan agak pedas.

“Adik nak makan nasi lauk ayam,” rengeknya. Pantas penulis mencapai beg dan turun membeli apa dihajatinya. Nasi ayam dan sedikit coklat sebagai buah tangan.

Usia Wan Mohd Farhan, enam tahun lebih kurang sebaya dengan anak bongsu penulis yang muda setahun. Namun tatkala melihat tubuhnya berbungkus daripada paras dada ke kaki, penulis faham dengan penderitaan dialaminya.

Kulit melekat pada pakaian

Berkongsi kisah anak kecil ini, cerita Norrabaiyah segalanya bermula pada malam pertandingan akhir Piala Malaysia membabitkan Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia tanggal 21 Oktober lalu. Malam itu saat bapanya, Wan Azhar Wan Mahmood, 48, leka menonton bola, Farhan meminta dimasakkan maggi mi.

“Mulanya Farhan beritahu ayahnya. Kemudian dua kakaknya pula tapi masing-masing enggan buat kerana mahu melayan cerita Korea dan seorang lagi sedang bercakap di telefon. Saya pula di dalam bilik untuk berehat dan hanya tinggal Farhan dan bapanya di ruang rumah.

“Masa abang menjerit gol bila Kelantan jaringkan gol pertamanya, kedengaran suaran Farhan meraung kuat di dapur. Ayahnya terus menerpa ke dapur untuk melihat apa terjadi.

Saya pula terus keluar dari bilik dan nampak tubuhnya seperti sedang menggeletik dalam keadaan sedang berdiri.

“Mulanya kami tak sangka sesuatu yang serius menimpanya kecuali mendengar tangisannya yang terlalu kuat. Kemudian saya tengok ada sesuatu berasap di dapur. Saya sangka Farhan main api tapi bila saya sentuh bajunya, saya dapati ia terlalu panas. Saya tengok kulitnya merah seperti direbus.

“Saya terpaksa menggunakan hujung jari menarik baju dipakainya dan apabila dibuka, kulitnya turut sama tertarik kerana sudah melekat di pakaian. Farhan terus meraung dan kami bergegas membawanya ke bahagian kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM),”imbasnya ketika ditemui.

Dalam pada itu, kata Norrabaiyah keadaan anaknya ketika awalnya tersiram air panas itu diibaratkan seperti kacang soya direndam air yang mana kulitnya akan terkeluar. Seperti itulah situasi anaknya.

“Di bahagian kecemasan kanak-kanak, doktor memberi rawatan awal dengan meletakkan ubat dan disebabkan kecederaannya agak serius, Farhan ditahan di hospital,” katanya menjelaskan sehingga kini sudah lebih 20 hari anaknya mendapat rawatan di hospital.

8 November lalu, katanya anaknya menjalani satu pembedahan mengambil kulit di bahagian punggungnya dan ditampal di lima bahagian tubuhnya iaitu kedua belah tapak tangan, kedua belah pahanya dan bahagian dada yang mana bahagian berkenaan, sel kulitnya sudah mati. Kini dia mengharapkan kulit anaknya akan tumbuh semula dengan baik.

Meraung bila luka dicuci

Melihat keseluruhan tubuhnya yang berbalut dan keras seakan Robocop, penulis dapat merasakan anak kecil ini menanggung kesakitan meskipun peristiwa terjirus air panas itu telah sebulan berlalu.

Ini diakui Norrabaiyah, katanya selepas kejadian itu keadaan anaknya itu cukup menyakitkan. Jelasnya setiap dua hari sekali luka Farhan akan dicuci sehingga hari ke sembilan. Selepas itu, setiap hari Farhan akan memasuki bilik pembedahan untuk tujuan yang sama.

“Setiap kali rawatan cuci luka dilakukan, Farhan perlu dibius kerana kalau dia akan meraung kesakitan. Buat masa ini, sudah tiga beg darah dimasukkan kerana tubuhnya kehilangan darah yang agak banyak.

“Terus-terang saya tak sanggup melihat keadaan tubuhnya tetapi doktor ada menunjukkan beberapa bahagian tubuhnya yang sudah mula kering selepas beberapa kali dicuci,’ jelasnya lagi.

Cerita Norrabaiyah lagi, dia sendiri terkejut dengan kejadian menimpa anaknya kerana katanya cerek elektrik itu diletakkan di tempat tinggi.

“Farhan memang lasak tapi biasanya kalau dia panjat peti ais adalah untuk ambil ais krim sahaja. Tapi tak sangka pula kerana terperanjat, dia boleh terjirus air panas malam itu. Ikutkan tempat saya meletak cerek tersebut sangat tinggi dan dia tak boleh tercapai dengan tangan.

“Mungkin perkara dah nak jadi. Saya memang sedih dengan keadaannya. Saya ada juga bercakap hal ini dengan anak-anak yang lain. Kata saya, inilah yang terjadi bila kita bersikap sambil lewa sesuatu perkara. Kakak-kakaknya memang menyesal. Elok kulit adik cantik-cantik, dah rosak. Mujur tak kena pada mukanya,” katanya lagi.

Tidur malam tidak lena

Ujar Norrabaiyah, kesakitan yang alami oleh anaknya itu menyebabkan tidur malamnya sehingga kini tidak lena.

“Bila rasa sakitnya menyerang, dia akan merengek-rengek kesakitan. Kadang-kadang di bahagian perutnya, kaki dan sebagainya. Saya akan melayan saja setiap permintaannya kalau dia menangis kesakitan,” katanya mendoakan agar anaknya cepat sembuh.

Mengakui suaminya, Wan Azhar hanya menjalankan perniagaan kecil-kecilan menjual nasi campur di atas van di Pantai Dalam, Norrabaaiyah berkata, dalam cuaca tidak menentu dan kekerapan menjenguk anaknya di hospital, sedikit sebanyak pendapatan keluarga sedikit terjejas.

“Tahu sajalah hujan lebat sekarang. Tapi saya cakap pada abang untuk terus juga berniaga kerana itulah punca pendapatan kami semua,” katanya yang tinggal di Flat PPR Pantai Ria, Pantai Dalam. Dalam pada itu, ibu enam anak ini menasihati ibu bapa agar lebih berhati-hati dengan keselamatan anak-anak di rumah terutama sekali yang lasak lakunya.

Jelas Norrabaiyah, setakat sembilan hari anaknya di hospital, bilnya sudah mencecah lebih RM400 lebih dan kemungkinan tinggal di hospital dalam tempoh lebih dari sebulan, sudah tentu kosnya jauh lebih tinggi. Sebagai suri rumah sepenuh masa, kedudukan kewangan yang tidak menentu, sedikit sebanyak menggusarkan dirinya.

Bagi anda yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah berbuat demikian melalui Akaun bank (RHB) 16416000013755 atau menghubungi Azhar di talian 0192900446.




sumber:http://www.sinarharian.com.my/famili/terkejut-bapa-jerit-gol-anak-terjirus-air-panas-1.110293
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Terkejut bapa jerit ‘gol’, anak terjirus air panas

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: