SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Kilang roti percuma Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Kilang roti percuma Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Kilang roti percuma

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15445
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Kilang roti percuma Empty
PostSubject: Kilang roti percuma   Kilang roti percuma Icon_minitime9/12/2012, 8:52 am

GAZA: Keperluan utama terhadap sumber makanan berterusan mencetuskan idea bernas kepada Persatuan Muslim Care Malaysia untuk membina kilang roti di sini, dengan anggaran kos berjumlah lebih RM200,000.

Objektif memastikan penduduk Gaza memperoleh roti percuma setiap hari berjaya direalisasikan oleh Muslim Care hasil kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Emaar untuk pembangunan dan pemulihan Gaza.


Bendahari Muslim Care Malaysia, Zulkifli Wahijan berkata, projek khas membina kilang roti itu tercetus setahun lalu selepas mendapati ramai penduduk Gaza kekurangan makanan asas.

Menurutnya, Muslim Care mengadakan kutipan derma di Malaysia sebelum sumbangan orang ramai itu disalurkan kepada NGO Emaar.


“Sebuah bangunan berjaya diubah suai sebelum pelbagai kelengkapan dan mesin membuat roti dibeli dan dipasang di dalam premis berkenaan.


“Tujuh pekerja di kalangan penduduk Gaza mengadun dan memproses roti di kilang itu sebelum diedarkan secara percuma,” katanya.

Menurutnya, kilang roti itu yang dinamakan Al Shafie Bakery menghasilkan sehingga 1,000 roti sehari dan dianggap satu rahmat kepada rakyat Gaza yang mengharapkan satu bentuk bantuan makanan berterusan.


“Malah, kilang roti itu kini diselenggara NGO Emmar mendapat maklum balas positif daripada masyarakat di Gaza,” katanya ketika melawat operasi kilang roti itu.

Zulkifli bagaimanapun khuatir berikutan sumber asas tepung gandum bagi menghasilkan roti percuma di kilang itu semakin berkurangan.


Menurutnya, jika sebelum ini kilang itu memproses roti setiap hari, kini premis itu terpaksa beroperasi tiga atau empat kali seminggu berikutan kekurangan bekalan tepung gandum.


“Kilang roti ini memerlukan bekalan tepung gandum berterusan sekurang-kurangnya seguni sehari dengan anggaran kasar seberat 50 kilogram setiap satu.


“Pihak kami memerlukan sekitar 1.5 tan tepung gandum sebulan untuk membantu rakyat di Tebing Gaza,” katanya.


Sementara itu, Presiden Muslim Care, Mat Ariffin Ismail berkata, orang ramai yang berhasrat membantu kilang terbabit membeli tepung gandum boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank Muslim Care (Viva Palestin) 5644 902 111 59 atau ke akaun RHB (Muslim Care) 2621 2000 004747.



sumber:http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kilangrotipercuma/Article/artikelMA
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Kilang roti percuma

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: