SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Nyawa bagai di hujung tanduk Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Nyawa bagai di hujung tanduk Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Nyawa bagai di hujung tanduk

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15443
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Nyawa bagai di hujung tanduk Empty
PostSubject: Nyawa bagai di hujung tanduk   Nyawa bagai di hujung tanduk Icon_minitime11/12/2012, 11:37 pm

Nyawa bagai di hujung tanduk Image
Sani sentiasa bersama senjatanya iaitu kamera sepanjang berada di Gaza

Nyawa bagai di hujung tanduk Image
Berani... Beliau cuba merakamkan sebanyak boleh penderitaan rakyat Gaza.

‘Ketua Imigresen di Gaza memaklumkan hanya saya seorang sahaja rakyat Malaysia yang berada di sana ketika perang berlaku pada 18 November 2012 lalu. Saya juga dimaklumkan ramai yang sudah pulang selepas Hari Raya Aidiladha yang lepas’.

Demikian kisah seorang anak muda dari Pulau Pinang yang tidak pernah menjangka keputusan dirinya untuk memasuki Gaza buat kali pertama menyebabkan beliau ‘tersangkut’ dalam perang yang amat dahsyat.

Beliau, Sani Araby Al-Kahery ditemui wartawan Sinar Harian dan berkongsi pengalamannya apabila melalui tiga malam yang menakutkan sepanjang berada di Gaza.

Nama lelaki berusia 28 tahun itu mula dikenali dalam kalangan pengguna laman sosial Facebook ketika berkongsi rakaman videonya mengenai kekejaman Israel terhadap penduduk Palestin.

Bukan sahaja rakan terdekat, malah namanya meniti bibir pengguna laman sosial yang dahagakan maklumat terbaru dari Gaza sehingga ceritanya di sana turut dikongsi ribuan pengguna Facebook yang lain.

Walaupun menjawat jawatan sebagai Pengarah Strategik Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), beliau yang lebih mesra dengan gelaran Brother Sani itu tidak pernah lagi menjejakkan kaki ke Palestin sebelum ini.

Tanpa melengahkan masa, beliau terus mengambil penerbangan ke Kaherah dan kemudiannya terpaksa melalui jalan darat selama enam jam untuk ke Rafah.

Akuinya, tiada debaran pada awalnya ketika mahu ke Gaza, kerana masih tidak nampak apa yang berlaku di sana.

Namun selepas dibenarkan masuk secara sah oleh pihak tentera, bunyi bingit dan kuat dari arah langit menarik perhatiannya.

“Bunyinya memang kuat dan membingitkan, rupa-rupa itulah pesawat peninjau Israel yang berada ruang udara penduduk Palestin pada setiap masa, pesawat ini tiada pemandunya dan pada malam hari ia mampu melihat objek sebesar duit syiling sekalipun.

“Begitu dahsyatnya teknologi yang mereka gunakan untuk menghancurkan Palestin,” katanya.

Pada saat menunggu ketibaan kenderaan polis untuk membawanya masuk ke hotel penginapan, Sani memilih kenderaan yang paling belakang daripada empat-empat kenderaan berkenaan.

“Sebaik saja saya masuk dalam perut kereta, mereka terus memecut ibarat dikejar sesuatu.

“Ketika dalam kereta, pemandu bertanya hairan kenapa saya memasuki Gaza pada waktu baru hendak mula perang, rupa-rupanya barulah saya sedar yang saya masuk ke Gaza pada waktu yang salah.

“Perang berlaku mulai jam 3 petang hingga ke waktu Subuh esoknya, pada saat saya masuk memang waktu yang ‘cantik-cantik’ saja perang mula dilancarkan.

“Saat fikiran menerawang, pada masa itu jugalah dalam jarak beberapa meter sahaja bumi Gaza dihujani bom daripada pesawat Israel.

“Kereta yang saya naiki pula berubah posisi ibarat dalam filem aksi Rambo, mula-mula kami berpecah kemudian kembali berbaris, ia kerana saya difahamkan ia adalah strategi pemandu kereta bagi mengelakkan kami dibom,” katanya.

Nyawa bagai di hujung tanduk

Cerita beliau lagi, nyawanya pada saat itu ibarat nyawa di hujung tanduk gara-gara jambatan yang digunakan sebelum itu kemudiannya runtuh beberapa jam kemudian akibat dibom.

“Perasaan saya berdebar, namun dengan niat yang ikhlas saya mahu membantu penduduk Gaza sedaya yang boleh menggunakan ‘senjata’ saya iaitu kamera dan komputer.

“Saya tidak bekerja sebagai wartawan, namun saya gunakan media alternatif termasuk Facebook untuk menyampaikan laporan mengenai peperangan yang menimpa umat Islam di situ,” katanya.

Ketika mula sampai di tempat penginapan, Sani bagaikan terkejut kerana hotel yang didiaminya terletak di antara zon perang paling hangat.

Namun perisai kebalnya hanyalah doa pada masa itu dan menganggap apa yang berlaku adalah dugaan di dunia.

Malam pertama di hotel dilalui dengan penuh debaran memandangkan pesawat peninjau Israel sentiasa berada di atas bumbung hotel seolah-olah memantau pergerakan media dan sukarelawan lain yang turut berada di hotel yang sama.

Pada waktu malam, suasana akan menjadi sunyi sepi kerana pada masa itu sebarang pergerakan yang berada di atas bumi Gaza akan ditembak hidup-hidup melalui udara oleh Israel.

“Oleh kerana itulah ramai kanak-kanak yang menjadi mangsa kekejaman mereka, kanak-kanak ditembak hidup-hidup ketika mereka keluar rumah pada waktu malam, malah kalau ada haiwan sekalipun ia tetap akan ditembak.

“Kerana pada teropong pesawat peninjau ia hanya nampak titik-titik pergerakan sahaja, sekiranya ada pergerakan sudah pasti ditembak, apa yang paling menyedihkan saya ialah dua wartawan dari Televisyen Al-Aqsa mati ditembak ketika keluar pada jam 4 pagi untuk membeli makanan buat rakan yang lain.

“Allahuakbar, mereka mati syahid dan bayangkan setiap malam yang dilalui oleh rakyat Palestin ibarat malam paling panjang ketika peperangan berlaku,” katanya.

Ikuti sambungan siri kedua pengalaman Sani Araby pada hari esok mengenai sekatan teknologi yang dikenakan terhadap media dan juga serangan bertubi-tubi dilakukan pada malam kedua.

Akibat berasakan dirinya sudah terlalu hampir dengan maut, Sani sendiri menulis wasiat sambil mengalirkan air matanya tanda insaf.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/nyawa-bagai-di-hujung-tanduk-1.111493
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Nyawa bagai di hujung tanduk

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: