SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Serangan ala samseng dakwa dikasari polis, diugut anggota tentera Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Serangan ala samseng dakwa dikasari polis, diugut anggota tentera Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Serangan ala samseng dakwa dikasari polis, diugut anggota tentera

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15445
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Serangan ala samseng dakwa dikasari polis, diugut anggota tentera Empty
PostSubject: Serangan ala samseng dakwa dikasari polis, diugut anggota tentera   Serangan ala samseng dakwa dikasari polis, diugut anggota tentera Icon_minitime27/12/2012, 10:08 am

Serangan ala samseng dakwa dikasari polis, diugut anggota tentera Image
Jak Wong menunjukkan rakaman CCTV kejadian kepada media di pejabatnya, semalam.


BANDARAYA MELAKA - Seorang pengawal keselamatan sebuah pasar raya di Batu Berendam bukan sahaja terpaksa berhadapan sumpah seranah sekumpulan pengunjung, malahan mendakwa turut dipukul mereka.

Kekecohan ini tercetus gara-gara pengawal keselamatan berkenaan menghalang seorang pengunjung lelaki membawa keluar sepasang seluar yang belum dijelaskan bayarannya.

Semuanya bermula apabila pengawal keselamatan berkenaan, K Sritharan, awal 50-an, yang ketika itu sedang bertugas di pintu masuk pasar raya, menahan lelaki berkenaan setelah alat penggera berbunyi apabila dia membawa seluar itu keluar.

Apabila ditanya sama ada pembayaran telah dibuat, lelaki berkenaan memaklumkan dia hanya ingin menunjukkan seluar tersebut kepada seorang wanita yang sedang menunggu di luar pasar raya.

Sritharan kemudian membawa lelaki berkenaan ke kaunter bagi membolehkannya membuat bayaran.

“Sejurus selepas itu, lelaki itu datang kepada saya dan memohon maaf di atas kesilapannya,” katanya di dalam laporan polis yang dikemukakan untuk perhatian DAP Melaka, semalam.

Diugut ala samseng

Bagaimanapun, insiden berkenaan tidak berakhir begitu sahaja.

Di dalam laporannya, Sritharan mendakwa, dia kemudian didatangi sekumpulan lelaki di mana salah seorang daripada mereka cuba membaling selipar ke arahnya.

Selain itu, dia mendakwa, seorang lagi lelaki yang mengaku anggota tentera, mengugut akan mencederakannya jika bertemunya di luar.

Dia mendakwa kekecohan berlanjutan sehingga ke dalam pejabat pasar raya, apabila semasa dia dan penyelianya meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengenai insiden itu, mereka didatangi seorang lelaki yang mengaku sebagai polis.

Dia mendakwa, lelaki berkenaan telah menolak lehernya sehingga terpaksa dileraikan beberapa pekerja pasar raya.

Selain itu, Sritharan mendakwa, seorang lagi lelaki turut mengambil alat pemadam kebakaran dan cuba menghentak badannya, tetapi dihalang beberapa pekerja pasar raya.

Bimbang dengan keselamatan diri, Sritharan membuat laporan di Balai Polis Malim.

Adun gesa polis siasat

Sementara itu, Adun Bachang, Lim Jak Wong menggesa polis menjalankan siasatan terhadap kejadian berkenaan dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertindak ala samseng.

“Rakaman CCTV itu cukup jelas. Malahan, muka mereka yang terbabit dalam insiden itu juga dapat dilihat dengan terang. Jadi tiada alasan untuk tidak mengambil tindakan,” katanya di sini, semalam.

Sehubungan itu, Jak Wong berkata, dia bercadang memuat naik rakaman CCTV berkenaan di laman YouTube bagi membolehkan orang ramai membantu mengecam pihak yang terlibat supaya tindakan boleh diambil.

“Ini suatu yang serius. Lebih-lebih lagi kalau mereka benar-benar tentera atau polis sebagaimana mereka dakwa. Kalau mereka bukan sekalipun, ianya tetap serius kerana mereka telah menyamar,” katanya.

Sementara itu, ketika dihubungi, seorang jurucakap polis mengesahkan laporan berkenaan sudah dibuat mangsa. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/serangan-ala-samseng-dakwa-dikasari-polis-diugut-anggota-tentera-1.115745
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Serangan ala samseng dakwa dikasari polis, diugut anggota tentera

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: