SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
 Enaknya belalang Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
 Enaknya belalang Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

  Enaknya belalang

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15431
Reputation : 31
Number of posts : 1806

 Enaknya belalang Empty
PostSubject: Enaknya belalang    Enaknya belalang Icon_minitime14/12/2012, 6:07 pm

 Enaknya belalang Image

Beberapa spesies belalang menjadi makanan kegemaran penduduk kampung sejak zaman berzaman walaupun sesetengah daripada masyarakat menganggap serangga tidak patut dimakan.

Bagi penggemar belalang, makanan eksotik itu bukan sahaja enak malah mengandungi khasiat serta mampu menyelesaikan beberapa masalah kesihatan seperti susah buang air besar dan buasir selain dipercayai mujarab sebagai penawar bisa kala jengking.

Belalang padi atau nama saintifiknya chortophaga viridifasciata dan belalang kunyit (valaga nigricornis) yang dijual pada harga RM5 untuk 100 gram mendapat sambutan menggalakkan.

Seorang peniaga, Mohd Junaidi Mansor, 28, berkata, dia membeli daripada beberapa pencari belalang di sekitar daerah ini untuk dijual di pasar malam atau pasar minggu.

Katanya, belalang mempunyai kelompok penggemar tersendiri dan dia mengambil kesempatan menjualnya sebanyak mungkin kerana ia bermusim.

“Belalang sememangnya tidak sukar diperoleh jika kena dengan musim tetapi tidak ramai yang sanggup mencarinya kerana lazimnya mereka mesti ke kawasan bendang pada waktu malam,” katanya.

Penggemar belalang, Mohd Zain Mohammad, 55, berkata, dia tidak ketinggalan membeli belalang ketika ada dijual walaupun harganya agak mahal.

Katanya, semua anggota keluarganya menggemari belalang goreng atau belalang goreng berempah.

“Saya tidak segan memberitahu orang bahawa saya suka makan belalang kerana serangga ini juga dimakan Nabi Muhammad SAW ketika keluar berperang bersama sahabat. Hal ini terdapat dalam hadis yang diriwayatkan Abdullah Bin Abi Aufi,” katanya.

Kewujudan penggemar belalang memberi peluang kepada penduduk kampung menambah pendapatan dengan menangkap serangga tersebut pada sebelah malam.

Zulkifli Hassan, 46, bersama dua anaknya, Mohd Khairul Azli, 17, dan Mohd Khairul Azruka, 21, dari Teratak Batu di sini, sanggup ke kawasan bendang pada waktu malam semata-mata untuk menangkap belalang.

Zulkifli berkata, dia menangkap belalang dengan mengutipnya di daun atau rumput selain menyauknya dengan menggunakan kain sarung.

“Kain sarung diikat pada dua kayu dan saya hanya perlu menyauknya secara rambang ke kiri dan kanan beberapa kali sebelum memasukkan belalang yang ditangkap ke dalam beg plastik atau botol.

“Kami tidak keluar ketika bulan purnama kerana belalang yang dapat melihat kelibat manusia amat sukar ditangkap,” katanya yang menjualnya dengan harga RM30 sekilogram.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/enaknya-belalang-1.112556
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Enaknya belalang

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: