SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Polis nasihat orang ramai berhati-hati terima wang kertas RM100 Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Polis nasihat orang ramai berhati-hati terima wang kertas RM100 Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Polis nasihat orang ramai berhati-hati terima wang kertas RM100

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15161
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Polis nasihat orang ramai berhati-hati terima wang kertas RM100 Empty
PostSubject: Polis nasihat orang ramai berhati-hati terima wang kertas RM100   Polis nasihat orang ramai berhati-hati terima wang kertas RM100 Icon_minitime3/1/2013, 8:09 pm

MIRI - Polis hari ini meminta orang ramai di bandar raya ini berhati-hati agar tidak menjadi mangsa pengedaran wang kertas palsu RM100 di sini berikutan tiga laporan yang dibuat mengenainya, termasuk oleh sebuah bank.

Ketua Polis Miri ACP Mun Kock Keong berkata dua laporan lagi dibuat dua individu yang menyedari kewujudan wang kertas palsu itu apabila mereka mendapati kertasnya tidak berkualiti dan tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan.

"Siasatan awal kami mendapati ketiga-tiga wang kertas palsu ini menggunakan nombor siri sama, AA7825588," katanya kepada pemberita di sini.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati apabila diberi wang kertas RM100 baharu.

"Mereka boleh memeriksa kualiti kertasnya melalui sentuhan kerana wang kertas baharu tidak akan mudah berkedut berbanding wang palsu yang menggunakan kertas tidak berkualiti. Sekiranya tidak pasti, rujuklah kepada pejabat Bank Negara terdekat," katanya.

Sementara itu, beliau berkata polis sedang mencari pemilik sebuah kereta Proton Perdana untuk membantu siastan berhubung kematian seorang pemuda bernama Abdul Harris Zainal, 22, pada awal pagi hari pertama 2013.

"Kami percaya ini adalah kes langgar lari," katanya bagi mengulas laporan media tempatan bahawa Abdul Harris meninggal dunia akibat dipukul satu kumpulan di sebuah pusat komersial di sini.

"Berdasarkan laporan saksi, mangsa dilanggar kereta berkenaan. Kami sedang menyiasat sama ada kejadian itu disengajakan atau memang suatu kemalangan," katanya.

Mun menasihati media tempatan supaya mendapat pengesahan daripada beliau terlebih dahulu sebelum menyiarkan sesuatu berita jenayah kerana laporan berdasarkan spekulasi boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat.

"Bandar Raya Miri adalah antara pusat pelancongan di Sarawak. Jika berita seperti ini disiarkan, ia sudah tentu menjejaskan imej bandar raya ini, walaupun berita itu tidak tepat," katanya. - Bernama
__________________
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Polis nasihat orang ramai berhati-hati terima wang kertas RM100

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: