SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Suami reda pemergian isteri yang baru seminggu dikahwini Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Suami reda pemergian isteri yang baru seminggu dikahwini Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Suami reda pemergian isteri yang baru seminggu dikahwini

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15445
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Suami reda pemergian isteri yang baru seminggu dikahwini Empty
PostSubject: Suami reda pemergian isteri yang baru seminggu dikahwini   Suami reda pemergian isteri yang baru seminggu dikahwini Icon_minitime8/2/2013, 9:52 pm

Suami reda pemergian isteri yang baru seminggu dikahwini Image
Shahrul Azmi melihat gambar arwah Nor Farida yang dirakam dalam telefon bimbit milik arwah pada hari perkahwinan mereka Sabtu lalu. Gambar kecil : Nor Farida.

KUANTAN - Genap seminggu usia perkahwinan, seorang suami terpaksa reda apabila isterinya yang mengidap penyakit SLE setahun lalu meninggal dunia, semalam.

Shahrul Azmi Jailan, 24, yang melangsungkan perkahwinan dengan Nor Farida Nor Azman, 24, Sabtu lalu menerima kenyataan bahawa isterinya kini sudah tiada.

“Malam semalam, arwah isteri berpesan kepada saya supaya jaga diri, jaga ibu dan ayah.

“Pada mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa, sehinggalah pada jam 4.30 pagi semalam, arwah mengalami sesak nafas,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Balok Pine, di sini.

Shahrul berkata, melihat keadaan isterinya semakin teruk, dia ke hospital swasta sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Bagaimana pun, arwah menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6.30 pagi, semalam.

Bercerita mengenai penyakit arwah isteri, Shahrul berkata, dia yang mengenali arwah sejak tujuh tahun lalu mengetahui keadaan kesihatan isterinya.

“Arwah memberitahu saya mengenai penyakit yang dihidapinya selepas kami bertunang hujung tahun lalu.

“Ketika itu, saya menerimanya dengan hati terbuka dan tahu tentang risiko yang mungkin terjadi,” katanya.

Shahrul berkata, pemergian isterinya itu menyebabkan majlis sambut menantu yang dirancang Sabtu ini (esok) di Lanchang, Temerloh terpaksa ditukar kepada majlis tahlil.

“Apa pun, saya reda kerana dia sangat menderita dengan penyakit yang dialaminya, malah semasa majlis perkahwinan kami Sabtu lalu, keadaan arwah sangat lemah,” katanya yang masih bercuti.

Sementara bapa arwah, Nor Azman Hussain, 53, berkata, anak kedua daripada empat beradik itu dikesan mengidap penyakit SLE setahun lalu sebelum serius tiga bulan lepas.

Nor Azman berkata, keadaan arwah anaknya semakin teruk apabila mengalami demam panas dan sakit sendi sehingga tidak mampu bangun.

“Keadaan arwah bertambah teruk apabila penyakit itu menyerang buah pinggang, namun sebagai bapa, saya pasrah dengan takdir.

“Saya harap menantu saya kuat semangat menerima keadaan ini,” katanya.

Jenazah Nor Farida selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Balok selepas Zuhur.


SUMBER:http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/suami-reda-pemergian-isteri-yang-baru-seminggu-dikahwini-1.129461
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Suami reda pemergian isteri yang baru seminggu dikahwini

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: