SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Lelaki menyamar anggota Imigresen, tipu untuk makan percuma Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Lelaki menyamar anggota Imigresen, tipu untuk makan percuma Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Lelaki menyamar anggota Imigresen, tipu untuk makan percuma

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15429
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Lelaki menyamar anggota Imigresen, tipu untuk makan percuma Empty
PostSubject: Lelaki menyamar anggota Imigresen, tipu untuk makan percuma   Lelaki menyamar anggota Imigresen, tipu untuk makan percuma Icon_minitime21/1/2013, 10:45 pm

Lelaki menyamar anggota Imigresen, tipu untuk makan percuma Image
Antara barang-barang yang ditemui dalam kereta lelaki berkenaan. (Gambar kecil): Lelaki yang menyamar sebagai anggota Imigresen


SEREMBAN – Hanya bermodalkan kemeja T yang menggunakan logo Imigresen, seorang lelaki berani menipu beberapa pengusaha restoran di daerah ini bagi tujuan mendapat makanan dan minuman percuma.

Bagaimanapun, taktik kotor lelaki berusia 41 tahun itu akhirnya dapat dihidu Jabatan Imigresen menerusi aduan orang awam yang akhirnya membawa penahanannya di sebuah restoran di Lobak, di sini, kelmarin.

Lelaki berkenaan ditahan kira-kira jam 10 malam ketika sedang minum sambil menunggu hidangan rojak yang dipesan.

Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman berkata, hasil siasatan, pihaknya mendapati lelaki terbabit menjalankan kegiatannya itu sejak dua minggu lalu.

“Sewaktu ditahan lelaki itu terkedu dan ketika diminta MyKadnya, dia memberi alasan dompet tertinggal di rumah dan datang ke situ dihantar oleh rakannya.

“Setelah hampir satu jam, kita berjaya mengesan kereta yang digunakan dan menemui pelbagai jenis barang seperti dua kemeja T yang mempunyai logo Imigresen, tiga pasport warga Indonesia, dokumen pusat rumah urut dan beberapa dokumen lain,” katanya pada sidang media diadakan semalam.

Faizal berkata, turut dijumpai resit tempahan kemeja T Imigresen terbabit yang bertarikh 7 Januari lalu dan beralamat di Nilai.

Menurutnya, ketika disiasat, lelaki itu yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak mengaku tinggal di Semenyih, Kajang.

“Namun, berdasarkan alamat MyKadnya, kita dapati dia menggunakan alamat Taman Seremban,” katanya.

Menurutnya, pihaknya percaya tindakan lelaki itu bertujuan menakutkan pengusaha dan pekerja kedai untuk makan dan minum percuma dengan menggunakan jawatan sebagai pegawai Imigresen dari Depot Tahanan Lenggeng.

Malah katanya, hasil makluman orang awam, lelaki itu turut memberitahu berperanan membuat urusan berkaitan Imigresen.

“Sebab itu kita jumpa beberapa dokumen seperti pasport, surat menyurat berkaitan dokumentasi dan lain-lain dalam keretanya.

“Berkemungkinan dia bekerja sebagai ejen membantu menguruskan isu berkaitan Imigresen dengan tujuan mendapat keuntungan,” katanya.

Faizal berkata, lelaki itu ditahan di bawah Seksyen 12(1)(F) Akta Pasport kerana memiliki pasport milik orang lain tanpa kuasa sah dan akan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut atas kesalahan melakukan penyamaran.

Beliau berkata, kes ini merupakan yang kedua membabitkan penyamaran anggota Imigresen di negeri ini.

“Tindakan lelaki itu memang memberi persepsi buruk kepada Jabatan Imigresen kerana seolah-olah pegawai dan anggota kita menyalahgunakan jawatan mereka.

“Jika ada sesiapa yang berhadapan dengan kes seperti itu, mereka boleh minta individu itu tunjukkan kad kuasa membuktikan mereka dari Jabatan Imigresen,” katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/lelaki-menyamar-anggota-imigresen-tipu-untuk-makan-percuma-1.123491
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
kent1189
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
kent1189

Male
Countries/State : Sarawak
Age : 40
location : miri sarawak
Website : http://www.lowisslow.com
Tag ID: : SFC 18976
Points : 11099
Reputation : 19
Number of posts : 1183

Lelaki menyamar anggota Imigresen, tipu untuk makan percuma Empty
PostSubject: Re: Lelaki menyamar anggota Imigresen, tipu untuk makan percuma   Lelaki menyamar anggota Imigresen, tipu untuk makan percuma Icon_minitime22/1/2013, 9:15 am

kini dia boleh makan dan minum free juga. tapi bukan di restoran la, d lokap dan seterusnya d penjara nanti..hehe. dapat juga kaw makan free ya ..
Back to top Go down
 

Lelaki menyamar anggota Imigresen, tipu untuk makan percuma

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: