SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Kempen hapus PTPTN gagal Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Kempen hapus PTPTN gagal Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Kempen hapus PTPTN gagal

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15429
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Kempen hapus PTPTN gagal Empty
PostSubject: Kempen hapus PTPTN gagal   Kempen hapus PTPTN gagal Icon_minitime23/1/2013, 8:52 pm

ALOR SETAR - Cadangan Pakatan Rakyat (PR) untuk menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sekiranya berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) disifatkan tidak mendapat sambutan.

Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, kempen parti pembangkang meminta supaya peminjam tidak menjelaskan pinjaman kerana PTPTN akan dihapuskan sekiranya mereka memerintah adalah tidak berasas dan tidak laku.

Menurutnya, bagaimanapun, pihaknya tetap yakin PTPTN akan terus mendapat sambutan daripada pelajar dan ibu bapa.

“Sekiranya tidak ada PTPTN, mereka (pelajar) akan menghadapi masalah perbelanjaan sara hidup dan juga membayar yuran, terutama sekali masalah di luar bandar.

“Golongan ibu bapa khususnya di luar bandar sudah pasti risau sekiranya PTPTN ini dihapuskan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pejabat PTPTN Kedah, di sini, semalam.

Ismail berkata, pihaknya tidak nampak kesan daripada kempen yang dilakukan pembangkang kerana apabila kerajaan memberikan insentif tertentu, contohnya rebat 10 hingga 20 peratus, jumlah pelajar yang membayar pinjaman semakin meningkat.

“Budaya membayar balik pembiayaan PTPTN mula meningkat dalam kalangan masyarakat. Ianya hasil daripada pelbagai program kesedaran dan tindakan penguatkuasaan serta sokongan padu masyarakat.

“Buktinya, jumlah kutipan bayaran balik sentiasa meningkat setiap tahun. Pada 2009, PTPTN berjaya mengutip RM553 juta, RM638 juta (2010), RM737 juta (2011) dan RM800.47 juta (2012).

“Sehingga 31 Disember tahun lalu, jumlah bayaran balik yang diterima RM3.76 bilion melibatkan 792,314 peminjam,” katanya.

Mengulas mengenai penubuhan Pejabat PTPTN Cawangan Kedah, beliau berkata, ia antara inisiatif pemudah cara bertujuan untuk menyalurkan informasi kepada masyarakat dan memudahkan orang ramai untuk berurusan selaras dengan teras ketujuh pelan strategik pengajian tinggi negara iaitu memperkukuhkan sistem penyampaian Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia kepada masyarakat di seluruh negara.

“Pejabat ini mula beroperasi pada 25 November tahun lalu, dengan lebih 40 pegawai yang pastinya akan memberi khidmat terbaik kepada pelanggan.

“Menjalankan operasi lima hari seminggu iaitu Ahad hingga Khamis, saya yakin dapat meletakkan PTPTN dekat di hati,” katanya.

Beliau, yang juga Ahli Parlimen Kuala Krau, Pahang berkata, kini PTPTN melebarkan sayap perkhidmatannya dengan penubuhan pejabat PTPTN di seluruh negara selepas bermula dengan pembukaan One Stop Center PTPTN di KL Sentral serta Info Center PTPTN di Sabah dan Sarawak.

“Ketika ini, 14 pejabat PTPTN negeri ditubuhkan dan beroperasi untuk memudahkan urusan orang ramai khususnya peminjam PTPTN di seluruh negara,” katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/nasional/kempen-hapus-ptptn-gagal-1.124411
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Kempen hapus PTPTN gagal

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: