LUSTRASI oleh DARPA menunjukkan sebuah satelit digunakan bagi mengesan komponen-komponen berharga pada satelit komunikasi yang tidak lagi berfungsi di orbit Bumi.
WASHINGTON - Agensi Projek Penyelidikan Pertahanan Amerika Syarikat (DARPA) membelanjakan hampir AS$180,000.00 (RM540,00.00) untuk menguji teknologi bagi mengitar semula komponen satelit di orbit Bumi.
Menurut DARPA, apabila jangka hayat sesebuah satelit tamat, beberapa bahagian tertentu seperti antena dan panel solar masih lagi berfungsi seperti biasa.
Namun, sehingga kini, tiada usaha untuk menyelamatkan atau menggunakan kembali komponen-komponen tersebut
Menurut pengurus programnya, David Barnhart, penggunaan semula komponen-komponen itu mampu menjimatkan kos pembuatan satelit dalam jangka masa panjang.
"Kami sedang mencuba untuk menambah pelaburan bagi menguji teknologi itu di samping mencari pendekatan baharu yang mampu menjimatkan kos," katanya.
Teknologi tersebut katanya, melibatkan sebuah robot mekanik dan sebuah satelit mini dihantar ke orbit untuk mengesan komponen-komponen satelit yang masih boleh digunakan.
Robot mekanik itu akan menggabungkan komponen kitar semula itu dengan satelit mini bagi membina satu sistem komunikasi baharu. - Agensi
sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0124&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm