SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Bekas PM Israel 'positif' selepas koma 7 tahun Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Bekas PM Israel 'positif' selepas koma 7 tahun Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Bekas PM Israel 'positif' selepas koma 7 tahun

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15445
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Bekas PM Israel 'positif' selepas koma 7 tahun Empty
PostSubject: Bekas PM Israel 'positif' selepas koma 7 tahun   Bekas PM Israel 'positif' selepas koma 7 tahun Icon_minitime28/1/2013, 3:26 pm

Bekas PM Israel 'positif' selepas koma 7 tahun Ariel-Sharon

BEERSHEBA - Bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon yang koma selama tujuh tahun menunjukkan tanda-tanda positif dengan adanya beberapa aktiviti di bahagian otak.

Satu pasukan saintis Israel dan Amerika Syarikat (AS) mengatakan ujian terbaru menunjukkan beliau memberi tindak balas positif terhadap rangsangan luar.

Aktiviti otaknya juga semakin meningkat ketika beliau ditunjukkan gambar-gambar keluarganya dan ketika doktor memainkan rakaman suara anaknya.

Bekas perdana menteri yang berusia 84 tahun itu koma sejak 2006 selepas diserang strok.

Sejak itu, beliau hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Para doktor di Hospital Soroka berkata, semasa ujian dijalankan terdapat aktiviti otak dan rangsangan yang diberi oleh bekas perdana menteri itu.

“Beliau mungkin mampu mendengar dan beberapa maklumat penting yang masuk ke dalam otaknya boleh diproses,” kata Pengarah Neorologi , Alon Friedman.

Sharon sebelum ini merupakan seorang pegawai tentera yang terkenal yang berjuang dalam tiga peperangan sebelum memasuki arena politik.

Walaupun disanjung rakyatnya, beliau dicerca Palestin.

Semasa bertugas sebagai Menteri Pertahanan, beliau pernah mendalangi pencerobohan Israel di Lubnan pada tahun 1982 dan menyebabkan ratusan rakyat Palestin dibunuh.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/global/bekas-pm-israel-positif-selepas-koma-7-tahun-1.125945
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Bekas PM Israel 'positif' selepas koma 7 tahun

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: