JAIPUR - Seorang bapa di Kampung Siyana, daerah Bikaner sanggup bertindak kejam menggigit hidung dan bibir atas bayi perempuannya yang berumur lima bulan hingga putus hanya kerana mangsa menangis.
Menurut polis, Bhadar Singh, 36, pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan turut memukul isterinya, Santosh selepas wanita itu enggan menurut arahannya pada Khamis lalu.
Tangisan anak sulung mereka, Bhanwar Kanwar,3, yang tidak sanggup melihat ibunya dipukul telah mengejutkan adiknya yang sedang tidur.
Radha dipercayai turut sama menangis tidak lama selepas itu.
Bunyi tangisan kedua-dua anaknya yang semakin kuat dikatakan menjadi punca lelaki tersebut berang lalu bertindak luar kawalan hingga sanggup mencederakan Radha.
Bhadar ditahan oleh jiran mereka sebelum diserahkan kepada polis pada Jumaat lalu.
Suspek kini didakwa atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah dengan cara berbahaya yang membawa hukuman penjara minimum 10 tahun atau seumur hidup jika didapati bersalah.
Radha pula dirawat di Hospital Peringatan Putera Bijay Singh (PBSM) di Bikaner.
Ketua Jabatan Pediatrik di PBSM, Dr Girish Prabhakar berkata, Radha perlu menjalani pembedahan plastik di Jaipur kerana keadaannya kini menyebabkan bayi itu bakal berhadapan kesukaran untuk bercakap atau makan pada masa depan. - MailOnline
sumber:http://www.sinarharian.com.my/global/bayi-jadi-mangsa-amarah-bapa-1.125885