AH KAN (duduk tengah) dan isterinya, Chu Lim (duduk kanan) memegang kertas yang memaparkan nama individu yang didakwa ada kaitan dengan kehilangan wang simpanan mereka sambil disaksikan oleh Michael (berdiri, kanan) serta Kok Eng (duduk kiri) di Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR – Sudah jatuh ditimpa tangga.Itulah nasib yang menimpa pasangan suami isteri warga emas apabila sebanyak RM71,406 daripada keseluruhan wang simpanan mereka berjumlah RM73,104.39 dipindahkan ke akaun individu yang tidak dikenali sejak tujuh tahun lalu.
Setakat ini pihak berkuasa masih belum memberi sebarang maklumat walaupun laporan berhubung isu berkenaan telah dibuat sejak empat tahun lalu.
Wang simpanan itu amat diperlukan untuk mengubati penyakit kanser hati yang dihidapi mangsa.
Mangsa, Ho Ah Kan, 74, berkata, dia dan isterinya, Fowa Chu Lim, 69, hanya menyedari perkara tersebut apabila Chu Lim mahu mengeluarkan wang tersebut untuk mengubah suai rumah mereka pada April 2009.
“Isteri saya mendapati, wang simpanan yang disimpan selama 30 tahun itu hanya tinggal RM1,693.39 dan selebihnya telah dipindah ke akaun seorang individu yang dikenali sebagai Toh Chee Soon.
“Apabila masalah itu diajukan kepada pihak bank, kami mendapati ada pihak yang meniru tandatangan isteri saya bagi melakukan proses pemindahan tersebut,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA di sini semalam.
sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0205&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm