SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Mansuh caj parkir bermeter Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Mansuh caj parkir bermeter Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Mansuh caj parkir bermeter

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15445
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Mansuh caj parkir bermeter Empty
PostSubject: Mansuh caj parkir bermeter   Mansuh caj parkir bermeter Icon_minitime8/2/2013, 9:59 pm

Mansuh caj parkir bermeter Image

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengkaji mana-mana kawasan komersial bersesuaian untuk pengecualian daripada sebarang caj parkir bermeter.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, ia seperti mana yang akan dilaksanakan di Taman Sri Sentosa berikutan aduan penduduk rumah kedai dan sekitarnya yang terpaksa membayar caj parkir untuk tempoh lama.

Menurutnya, beliau percaya terdapat kawasan lain yang mengalami situasi sama di situ untuk diberi perhatian sewajarnya.

“Penduduk setempat boleh membuat permohonan kepada DBKL dan DBKL akan mengkaji kesesuaian untuk melaksanakan zon parkir percuma.

“Di Sri Sentosa, penduduk sekitar khususnya yang tinggal di rumah kedai meminta untuk dikecualikan caj parkir, jadi saya berbincang dengan DBKL dan DBKL setuju untuk mansuhkan parkir bermeter di sini,” katanya ketika sesi Walkabout dan

Penyampaian sumbangan di Pasar Sri Sentosa, Jalan Klang Lama, di sini, kelmarin.

Raja Nong Chik berkata, sebanyak 343 petak parkir di Jalan Seri Sentosa 8A, Jalan Seri Sentosa 9A, Jalan Seri Sentosa 10, Jalan Seri Sentosa 11 dan Jalan Seri Sentosa 11A akan dimansuhkan daripada dikenakan caj dalam masa terdekat.

“Justeru, DBKL akan terus membayar sewa kepada pembekal meter/mesin dengan kadar bayaran RM1.50 melibatkan jumlah RM15,435 sebulan.

“Penghuni di lebih 100 premis sekitar rumah kedai di kawasan ini akan menikmati kemudahan parkir secara percuma,” katanya.

Beliau dalam pada itu turut mengulas berhubung desakan beberapa pihak yang mahu penyelarasan caj parkir ditangguhkan DBKL untuk memberi laluan kepada perbincangan yang mahu diadakan kerana mendakwa caj ditetapkan adalah tidak wajar

Katanya, perkara tersebut (penyelarasan caj parkir) diputuskan pihak kerajaan berdasarkan kehendak pengguna yang mana turut mewujudkan situasi ‘menang-menang’ kepada operator parkir, hasil perbincangan yang dibuat DBKL sebelum ia diputuskan.

“Jika mereka mahu bincang, boleh jumpa DBKL, buktikan sekali jika mereka mengalami kerugian,” katanya.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/mansuh-caj-parkir-bermeter-1.129329
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Mansuh caj parkir bermeter

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: