SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
 Rahsia sebalik kemalangan Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
 Rahsia sebalik kemalangan Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

  Rahsia sebalik kemalangan

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15443
Reputation : 31
Number of posts : 1806

 Rahsia sebalik kemalangan Empty
PostSubject: Rahsia sebalik kemalangan    Rahsia sebalik kemalangan Icon_minitime9/4/2013, 10:45 pm

 Rahsia sebalik kemalangan Image

LENDU - Nasib dua beranak yang tinggal dalam van sejak tiga bulan lalu akibat kesempitan hidup berakhir apabila kenderaan yang menjadi 'rumahnya' selama ini hangus terbakar selepas terlibat kemalangan di Jalan Kampung Air Hitam Lendu, di sini, petang kelmarin.

Zubaidi Alias, 34 dan anak bongsunya, Siti Zulaikha, 5, menghadapi kehidupan sukar apabila isteri dan anak sulungnya menghilangkan diri disebabkan kesempitan hidup, sebelum dihalau keluar dari rumah sewa akibat gagal melunaskan tunggakan sewa.

Bagi meneruskan hidup, Zubaidi tinggal dalam van jenis Nissan Vannette yang dipinjamkan dari saudaranya, dalam masa sama digunakan untuk mencari sesuap nasi dengan kerja-kerja ringan, seperti mengambil upah mengangkut bekalan kelapa.

Sekiranya tidak menumpang di rumah saudara mara, kedua beranak itu menjadikan van berkenaan sebagai tempat tidur waktu malam yang diparkir di mana-mana lokasi sesuai, dengan menumpang tandas awam di stesen minyak untuk mandi dan buang air.

Namun, dalam kejadian kira-kira 6.10 petang kelmarin, anak beranak itu terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan mengambil baki barangan di rumah sewa di Durian Tunggal yang ditinggalkan sebelum ini, untuk ditumpangkan ke rumah bapa angkatnya di Kampung

Panchor.

Kejadian berlaku disebabkan mangsa terlalu letih.

Van Zubaidi terbabas rempuh sebatang tiang jalan, terhumban dalam gaung lalu terbakar selepas berlaku kebocoran padan tangki minyak.

Kemalangan menyebabkan kaki Zubaidi tersepit di celah pedal minyak.

Menurut sumber, anak mangsa pula terperosok bawah papan pemuka tempat duduk penumpang.


“Melihat anaknya meraung ketakutan, mangsa bertindak mencapai anaknya itu sambil merentap kaki kirinya yang tersepit.

“Ketika itu, mangsa terhidu bau hangit serta kepulan asap hitam dan api kecil keluar dari enjin kenderaan. Mangsa bertindak melompat keluar dari pintu pemandu," katanya.

Menurutnya, beberapa saat selepas itu, mangsa dan anaknya berjaya keluar dan api mula menyambar bahagian hadapan van berkenaan sebelum berlaku letupan kuat di bahagian enjin,” katanya.

Sementara itu, Zubaidi berkata, sebaik saja dapat melepaskan diri, dia menahan sakit berusaha memanjat tebing gaung yang curam sambil mendukung anaknya itu, sebelum dibantu orang awam yang berhenti di tepi jalan.

“Saya sedih lihat van ini terbakar. Selama ini menjadi tempat saya bergantung mencari rezeki. Kini, semua musnah," katanya.

Menurutnya, dia tidak pasti ke mana hala tuju dia bersama anak kecil selepas van yang menjadi rumahnya selama ini musnah.

“Bila dah sihat nanti, baru saya fikirkan macamana nak mulakan hidup baru supaya masa depan anak saya tak terjejas," katanya sebak sambil mengesat air mata.

Dalam pada itu, Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah, Eslizan Nurhan Amin berkata, dua jentera membabitkan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah dan Masjid Tanah dikejarkan ke tempat kejadian dan mengambil masa kurang 10

minit untuk memadamkan kebakaran.

Mangsa yang cedera dilaporkan stabil dan kini menumpang sementara di rumah saudaranya di Masjid Tanah.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/rahsia-sebalik-kemalangan-1.148163
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Rahsia sebalik kemalangan

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: