SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Motosikal imam hilang selepas solat Maghrib, bacaan Yasin Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Motosikal imam hilang selepas solat Maghrib, bacaan Yasin Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Motosikal imam hilang selepas solat Maghrib, bacaan Yasin

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15443
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Motosikal imam hilang selepas solat Maghrib, bacaan Yasin Empty
PostSubject: Motosikal imam hilang selepas solat Maghrib, bacaan Yasin   Motosikal imam hilang selepas solat Maghrib, bacaan Yasin Icon_minitime16/4/2013, 5:21 pm

Motosikal imam hilang selepas solat Maghrib, bacaan Yasin Image
Muhamad Noh menunjukkan lokasi dia meletakkan motosikalnya iaitu berhampiran tangga yang menjadi laluan utama jemaah.

Motosikal imam hilang selepas solat Maghrib, bacaan Yasin Image
Muhamad Noh menunjukkan salinan laporan polis yang dibuatnya. Gambar kecil: Kawasan tiang masjid yang dijadikan tempat jemaah meletakkan kunci kenderaan mereka.

PORT DICKSON – Sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda milik seorang imam di sebuah masjid di sini, lesap ketika beliau sedang mengimamkan solat Maghrib dan bacaan Yasin, malam Khamis lalu.

Imam 1 Masjid Jamek Pasir Panjang, Muhamad Noh Othman, 71, berkata, seperti kebiasaannya, dia akan datang sekitar 20 minit awal sebelum masuk waktu.

Menurutnya, beliau tiba di masjid sekitar jam 7 malam dan meletakkan motosikal berhampiran tangga yang menjadi laluan utama jemaah.

"Selepas itu, saya meletakkan kunci motosikal di salah satu tiang masjid yang mana jemaah lain turut meletakkan kunci kenderaan mereka.

"Ketika itu, ada dua hingga tiga kunci kenderaan jemaah diletakkan di situ dan kira-kira 10 jemaah melibatkan kariah di sini berada dalam masjid,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Muhamad Noh berkata, selepas mengimamkan solat maghrib dan mengetuai bacaan Yasin, beliau tergerak hati untuk melihat kunci motosikal dan mendapatinya tiada.

“Saya terus keluar dan terkejut apabila motosikal turut hilang. Ketika itu, saya hanya bersangka baik mungkin ada orang yang meminjam motosikal itu.

“Kemudian saya kembali masuk ke dalam masjid dan mengimamkan solat Isyak. Selepas itu, beberapa jemaah membantu saya mencari motosikal di sekitar masjid dan ternyata ia memang hilang,” katanya.

Katanya, motosikal itu adalah pemberian anak-anaknya kira-kira setahun lalu.

“Sebelum ini, kawasan masjid tidak pernah berhadapan dengan sebarang kejadian kecurian sama ada tabung masjid, harta benda dan sebagainya.

“Ini adalah kali pertama dan amat berharap ia adalah kali terakhir. Masjid adalah sebuah rumah ibadah yang menyatukan ummah, jangan sesekali membawa anasir buruk ke sini,” katanya.

Muhamad Noh kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Pasir Panjang.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/motosikal-imam-hilang-selepas-solat-maghrib-bacaan-yasin-1.150480
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Motosikal imam hilang selepas solat Maghrib, bacaan Yasin

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: