SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
PPA1M bantu penjawat awam beli rumah Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
PPA1M bantu penjawat awam beli rumah Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 PPA1M bantu penjawat awam beli rumah

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15443
Reputation : 31
Number of posts : 1806

PPA1M bantu penjawat awam beli rumah Empty
PostSubject: PPA1M bantu penjawat awam beli rumah   PPA1M bantu penjawat awam beli rumah Icon_minitime19/4/2013, 4:58 pm

PPA1M bantu penjawat awam beli rumah Pix_gal0
Najib mendengar penerangan daripada Presiden dan Ketua Eksekutif SP Setia, Tan Sri Liew Kee Sin mengenai pembinaan perumahan di Presint 17 pada majlis pelancaran PPA1M di Putrajaya, semalam.

Putrajaya: Datuk Seri Najib Razak semalam melancarkan Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) sebagai satu usaha terbaru kerajaan membantu penjawat awam membeli kediaman mampu milik yang bermutu.

Perdana Menteri berkata pada peringkat permulaan, 10,336 unit rumah mampu milik akan dibina menerusi projek PPA1M di Putrajaya pada harga antara RM150,000 hingga RM300,000 mengikut keluasan lantai dari 1,000 kaki persegi hingga 1,500 kaki persegi.

Fasa pertama di Presint 11 dan Presint 17 dijangka siap dalam tempoh 18 bulan berbanding 36 bulan yang ditetapkan sebelum ini supaya pembeli tidak perlu menunggu terlalu lama.

“Kakitangan awam hanya perlu membayar minimum RM2,000 sebagai deposit dan mula membuat bayaran apabila mula mendiaminya. Pembeli akan ditentukan menerusi cabutan undi di kalangan mereka yang layak supaya proses pengagihan dilakukan secara adil.


Undian pusingan kedua

“Kalau tidak berjaya kali pertama kita akan adakan undian pusingan kedua supaya tiada yang terkecuali, khususnya kakitangan awam yang sangat memerlukan rumah bermutu dengan harga mampu dimiliki,” katanya.
Serentak pengumuman itu, projek PPA1M di Putrajaya dimulakan dengan cadangan pembangunan 1,000 unit rumah di Presint 17 dan 256 unit di Presint 11, yang dibuka untuk jualan kepada semua kakitangan awam dan badan berkanun.

Majlis pecah tanah di Presint 17 dihadiri lebih 2,000 penjawat awam. PPA1M adalah inisiatif kerajaan untuk menyediakan rumah mampu milik khusus untuk penjawat awam di bandar utama seperti Putrajaya, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Baharu.

Kerjasama awam-swasta

Projek perintis PP1M di Putrajaya itu dibangunkan menerusi kerjasama awam-swasta membabitkan SP Setia Bhd, Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Putrajaya Holdings Sdn Bhd atas tanah milik kerajaan yang membolehkan kos pembangunan dikurangkan sehingga 10 peratus, sekali gus mengurangkan harga rumah.

Presiden PPj, Tan Sri Aseh Che Mat, berkata mereka yang berminat boleh mengisi borang PPA1M yang boleh dimuat turun daripada laman web PPj di www.ppj.gov.my atau mengambilnya di kaunter PPj.

Borang yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke kaunter PPA1M di kompleks PPj, sebelum jam 5 petang 9 Mei ini.




sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PPA1Mbantupenjawatawambelirumah/Article/
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

PPA1M bantu penjawat awam beli rumah

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: