SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Termakan tulang lama punca terkena gangguan misteri Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Termakan tulang lama punca terkena gangguan misteri Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Termakan tulang lama punca terkena gangguan misteri

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15443
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Termakan tulang lama punca terkena gangguan misteri Empty
PostSubject: Termakan tulang lama punca terkena gangguan misteri   Termakan tulang lama punca terkena gangguan misteri Icon_minitime23/4/2013, 8:45 pm

Termakan tulang lama punca terkena gangguan misteri Image
Shamsuri dibantu Mokhtar dan Fauziah memberi minum air zam-zam yang dibacakan doa penawar kepada Muhammad Danish Shahlan

Termakan tulang lama punca terkena gangguan misteri Image
Shamsuri diiringi Surena dan Mokhtar (kanan) menyampaikan sumbangan produk Pusat Rawatan Islam At-Tobibi kepada Fauziah

KUALA KRAI - Penderitaan sebuah keluarga tujuh beranak terutama seorang daripada mereka orang kurang upaya (OKU) di Guchil 3, dekat sini, dapat perhatian Pusat Rawatan Islam At-Tobibi yang menziarahi keluarga itu, kelmarin.

Kunjungan diketuai pengasas pusat rawatan itu, Shamsuri Shafie bersama tiga pembantunya, turut disertai Pengurus Sinar Harian cawangan Kelantan, Surena Mohd Noor serta Eksekutif Promosi dan Pembangunan Sinar Harian, Mokhtar Yassin.

Selain melakukan rawatan ke atas seorang ahli keluarga itu yang disahkan hiperaktif, Shamsuri turut menyampaikan sumbangan kewangan dan produk pusat rawatan berkenaan kepada keluarga terbabit.

Shamsuri berkata, kedatangannya itu bertujuan untuk membantu dan mengenal pasti punca hiperaktif dihidapi seorang ahli keluarga itu, Muhammad Danish Shahlan Mohamed Bashah, 7.

“Rawatan dilakukan untuk menenangkan jiwa kanak-kanak ini yang gundah gulana dan kusut. Selepas rawatan, kita dapati keadaan ini ada sebabnya iaitu terkena gangguan (makhluk halus),” katanya kepada Sinar Harian, kelmarin.

Shamsuri berkata, kanak-kanak itu dipercayai termakan tulang lama yang dikutip ketika berusia setahun ke atas sebagai punca gangguan hingga menyebabkan perlakuannya menjadi agresif.

“Untuk rawatan, kita beri air zam-zam yang dibacakan doa dan selepas seminggu, insya-Allah, kita akan tengok perubahan kerana kelahiran kanak-kanak ini asalnya normal.

“Kita juga sumbangkan produk Pusat Rawatan Islam At-Tobibi, kopi penawar ruqyah dan kopi delima ruqyah yang baik untuk saraf serta dapat menguatkan jasmani dan rohani,” katanya.

Shamsuri turut menasihatkan ibu kanak-kanak itu, Fauziah Muhamad supaya menerima keadaan Muhammad Danish Shahlan sebagai dugaan dan percaya setiap penyakit, ada ubatnya.

“Ini dugaan masa dia kecil, mungkin bila besar nanti keadaannya akan lebih baik. Kita kena selalu ingat, ALLAH beri sesuatu ujian mengikut kemampuan kita. Sebagai hamba, kita kena berusaha dan banyakkan berdoa,” katanya.

Sementara itu, Shamsuri berkata, orang ramai yang memerlukan bantuan Pusat Rawatan Islam At-Tobibi boleh menghubunginya di 013-2898296 atau 013-9609268 atau layari laman sesawang www.at-tobibi.bogspot.com.




sumber:http://www.sinarharian.com.my/termakan-tulang-lama-punca-terkena-gangguan-1.152995
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Termakan tulang lama punca terkena gangguan misteri

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: ALAM MISTIK :: Pengalaman Anda-
Jump to: