Sedang kami tidur lena, di sebuah perumahan yang diwar-warkan bahawa tapak bangunan itu merupakan tanah perkuburan orang-orang Jepun suatu ketika dulu.
Ku terdengar bunyi, permainan kegemaran anak kecilku ditarik. ...Krek...krekk...kreekkkk....bunyinya. Permainan kegemaran anak kecilku itu, merupakan permainan yang sangat popular pada masa itu, rupa alat permainan itu seperti ayam, yang mempunyai tali pada belakangnya yang ditarik untuk mengerakkannya. Tidak seperti anak-anak millenium ini, mainan digital angry birdlah yang mendapat sambutan dingin.
"Kau dengarkah bunyi apa tu?" bisik isteriku kepadaku yang turut terdengar bunyi "ayam kecil" itu "mengerek". "Ya, dengar...."
Aku mengambil langkah menghendap bunyi itu melalui lubang yang terdapat pada dinding bilikku itu. Apa yang aku lihat, permainan itu masih seperti sediakala di dalam bakul seperti tidak ada seorang pun yang mengusiknya. Bunyi "erekan" yang kami dengar juga turut hilang. Namun setelah ku tinggalkan ruang hendap itu, bunyi erekan itu kembali lagi seperti sebelumnya.
Ku ulang sekali lagi ke ruang hendap memerhati permainan ayam anak kecilku itu. Ternyata,
Bunyi itu hilang dan permainan ayam itu masih di dalam bakul seperti kali pertama ku melihat tadi.
Dan setelah ku meninggalkan ruang hendap, bunyi itu berulang lagi.
Malas untuk mengendahkannya lagi, kami sudah mengerti "anak kecil" mana yang menghilang keheningan di malam itu..
~ WASALAM ~
Terima kasih kerana sudi membaca, InsyAllah bersambung di kisah benar seterusnya~