SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Suri rumah kena peluru sesat Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Suri rumah kena peluru sesat Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Suri rumah kena peluru sesat

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15321
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Suri rumah kena peluru sesat Empty
PostSubject: Suri rumah kena peluru sesat   Suri rumah kena peluru sesat Icon_minitime4/5/2013, 10:21 pm

Suri rumah kena peluru sesat Image
Harliah cedera di belakang badan akibat terkena peluru penabur yang dilepaskan pemburu

Suri rumah kena peluru sesat Image
Polis menemui kesan empat lubang menembusi cermin tingkap dan lima kesan peluru pada dinding rumah.

ALOR GAJAH - Seorang suri rumah nyaris maut selepas terkena peluru penabur yang dilepaskan sekumpulan pemburu di jalan Bukit Tinggi, Tanjung Bidara, di sini petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 petang itu, mangsa, Harliah Bakar, 43, sedang leka menjahit dalam bilik bahagian tepi rumah sebelum tersentak sebaik terasa ada objek tertusuk di bahagian belakang bahu sebelah kiri badannya.

Difahamkan, peluru penabur berkenaan terkena pada badan mangsa selepas tiga lelaki yang sedang memburu **** hutan melepaskan tembakan dan terkena pada cermin dan dinding bilik tempat mangsa sedang menjahit pakaian.

Suami mangsa, Helmi Manaf, 41, berkata, dia yang berada di luar rumah menyedari kehadiran tiga lelaki berusia antara 40-an dan 50-an yang mana dua daripada mereka memegang senapang dalam kedudukan yang berbeza.

“Saya berada di luar rumah terkejut bila dengar bunyi tembakan dan mendapati seorang lelaki berdiri berdekatan pagar rumah saya, seorang lagi berdiri pada jarak 25 meter menghadap rumah saya dan seorang lagi berkedudukan jauh.

“Ketika itu juga, seekor **** hutan keluar dari belukar menuju ke semak berdekatan rumah saya dan saya lihat lelaki yang menghadap rumah saya sedang leka menghala senapang ke mengekori pergerakan haiwan itu.

“Sebaik sahaja tembakan dilepaskan, saya dengar isteri menjerit dan saya terus berlari masuk mendapatkan isteri dan mendapati belakang bajunya sudah terkoyak serta dipenuhi darah,” katanya.

Helmi berkata, dalam keadaan panik dia segera menjerit meminta pertolongan ke arah tiga lelaki berkenaan namun seorang daripada mereka seolah menafikan kegiatan dilakukan mereka dan memecut kereta melarikan diri.

“Isteri mengadu berasa panas dan terlalu sakit sebelum mendakwa mula terasa pedih dan bisa sebelum muncul dua lelaki tadi cuba menenangkan saya dan isteri dengan mendakwa isteri hanya terkena serpihan kaca sahaja.

“Saya gesa dua lelaki tadi bantu saya bawa isteri ke Hospital Kem Terendak. Isteri menjalani dua kali X-ray dan mendapati ada objek terbenam pada belakang sebelah kiri bahu,” katanya.

Menurutnya, berikutan kecederaan parah yang dialami, isterinya kemudian dirujuk ke Hospital Melaka untuk menjalani pembedahan mengeluarkan butir peluru berkenaan dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan kejadian dan berkata, tiga lelaki berumur 40 dan 50-an ditahan untuk membantu siasatan.

“Siasatan awal pihak polis mendapati senapang patah yang digunakan oleh salah seorang lelaki terbabit dipercayai didaftarkan atas nama Relawan Ikatan Rakyat (Rela).

“Tiga lelaki terbabit ditahan dan direman selama lima hari bermula hari ini (semalam) untuk membantu siasatan dibawah Seksyen 37 Akta Senjata Api 1960,” katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/suri-rumah-kena-peluru-sesat-1.156315
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Suri rumah kena peluru sesat

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: